[VIDEO] Walau Hujan Lebat Redah Hantar Order, Rider Menggigil Kesejukan Atas Motor

Bukan mudah bekerja sebagai seorang penghantar makanan kerana sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko.

Di antaranya termasuklah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan keselamatan mereka di jalan raya.

Seperti perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Wahida Syafiqa, menceritakan kegigihan seorang penghantar makanan yang menghantar makanan kepadanya walaupun hujan lebat ketika itu.

Menerusi muatnaik video yang berdurasi 21 saat itu, penghantar makanan baru sahaja menghantar pesanan kepada pelanggannya.

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan dia kesejukan dan tangannya ketika itu terketar-ketar tanda sejuk yang teramat.

Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan dia ketika itu lengkap memakai baju hujan.

“Tengok sampai habis. Ya allah mulianyaa dia kerja musim mcm ni. Moga murah rezeki abang ni dan semua rider.”

Jangan komplen makanan lambat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan penghantar makanan itu dan mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki.

Malah, banyak juga komen yang memberi pesan supaya seseorang pelanggan faham jika makanan yang dipesannya sampai agak lambat sewaktu hujan lebat.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah dikongsi lebih seribu pengguna di Facebook, dan meraih ratusan komen.