Kanak-kanak adalah antara golongan yang wajib dilindungi di dalam apa jua keadaan sama ada mereka telibat dalam bahaya atau menjadi mangsa keganasan jenayah.
Hal ini membolehkan mereka yang melakukan kekejaman kepada kanak-kanak tersebut diambil tindakan undang- undang.
Peranan ibu bapa juga amat penting bagi mencorak peribadi kanak-kanak, namun apakan daya tidak semua kanak-kanak di dunia ni dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan dijaga sebaiknya.
Sama dengan kisah seorang kanak-kanak ini apabila dia dijumpai oleh seorang lelaki dan dikatakan didera oleh bapanya sehingga cuba melarikan diri beberapa kali.
Lelaki tersebut telah memberi amaran kepada bapanya untuk menjaga anak itu dengan baik kerana dia berkeliaran di jalanan dan membahayakan diri.
Walaupun begitu, bapa kanak-kanak itu berasa berang akibat diberi amaran sekaligus menampar kanak-kanak tersebut di hadapan lelaki tu.
Berkaitan dengan video yang tular di Twitter, video tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana kanak-kanak tersebut tetap mempertahankan si bapa yang telah tersungkur akibat dipukul oleh lelaki itu.
Eh bapak jenis apa kau sial! pic.twitter.com/iG7JvVNbJS
— problematic (@admqrie) September 8, 2021
Bapa kepada kanak-kanak tersebut dipercayai di bawah pengaruh dadah dan mereka hidup di jalanan.
Netizen turut merasa sedih serta geram dengan apa yang berlaku kepada anak kecil itu kerana mempunyai bapa yang kejam dan turut mendoakan agar kanak-kanak itu akan merasai kebahagiaan pada masa hadapan.
“Dia lempang sampai terjatuh anak dia weh nyirap betul lah allahu kesian betul budak tu padan lah dia taknak ikut bapak dia. Puas tengok abang ni belasah dia ”
“Aku doakan bila budak ni dah besar dia kahwin dengan lelaki yang ikhlas sayangkan dia yang boleh lindungi dia. Kesian sangat dari kecik tak dapat kasih sayang dari seorang ayah.”
Weh anak dia still protect bapak dia pic.twitter.com/oMjEFlhj6M
— (@frzismail) September 8, 2021
Susulan daripada hal itu, salah seorang pengguna Twitter memuat naik video terbaru kanak-kanak tersebut dilihat bersama dengan lelaki yang menemuinya itu.
Lelaki tersebut dilihat menyisir rambut di kecil itu sambil bertanya tentang kehidupan kanak-kanak tersebut dan juga turut sebak kerana dia mengatakan ibunya sudah tiada malah bapanya tidak sayangkan dirinya.
“Ni latest i tengok kat tiktok massive respect for him, muka ja ganas tapi tengok lah cara dia layan budak. Btw budak tu memang mangsa deraa”
Ni latest i tengok kat tiktok massive respect for him, muka ja ganas tapi tengok lah cara dia layan budak. Btw budak tu memang mangsa dera pic.twitter.com/VoaYO0Jw74
— fatih (@fatiniqaaa) September 8, 2021