[VIDEO] Walau Diacu Pistol, Lelaki Ini Selamba Menikmati Kepak Ayam Ketika Dirompak

Seorang lelaki menjadi perhatian apabila satu video menunujukkan dirinya yang kekal tenang semasa diacukan pistol menjadi tular di laman media sosial.

Di dalam video yang kini dimuatnaik di Youtube, lelaki tersebut kelihatan tenang menikmati kepak ayam walaupun perompak sedang mengacukan senjata ke arah mukanya.

Menerusi laporan Daily Mail, kejadian tersebut dilaporkan  berlaku di sebuah restoran pada 17 Jun di sebuah negara Latin.

Lelaki tersebut pada mulanya sedang menikmati keenakan kepak ayam sebelum secara tiba-tiba seorang perompak bersenjatakan pistol memasuki restoran berkenaan.

Kemudian, perompak itu mula mengacukan pistol dan mengarahkan para pelanggan menyerahkan semua barang mereka yang pastinya membuatkan ramai ketakutan.

Suspek kemudiannnya merentap rantai dipakai lelaki tersebut yang sedang menikmati kepak ayam sebelum meneruskan ugutan.

Walaupun rantai dipakainya direntap serta diacukan pistol di hadapan muka, lelaki itu seakan tidak kisah.

Dia dilihat dengan selamba menyerahkan telefon miliknya kepada perompak berkenaan sebelum terus menikmati juadah di hadapannya.

Perompak itu kemudiannya melarikan diri dan tidak dapat dipastikan apa yang terjadi selepas itu.

Rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan aksi selamba lelaki tersebut yang dilihat seolah-olah tidak peduli dirinya dirompak dan hanya mahu menikmati kepak ayamnya yang enak.

Klip video tular