[VIDEO] ‘Ustaz’ Ini Dedah Rakaman Didakwa Makhluk Halus Bermata Merah & Tinggi Buat Netizen Seriau

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yanbg percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Namun begitu, tidak semua di antara kita mampu untuk berinteraksi dengan makhluk halus.

Terbaru, tular sebuah rakaman video di Applikasi Facebook dimana seorang pengamal perubatan yang lebih dikenali sebagai Ustaz Rosdi didakwa berinteraksi dengan makhluk halus dan mendedahkan rupa fizikal makhluk itu yang dikatakan berada di ‘alam di sebalik mata’.

“Bukan semua manusia yang mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk di alam di sebalik mata,” tulis Rosdi.

Difahamkan, dia enggan berkongsi video berkenaan pada awalnya kerana boleh mendatangkan fitnah.

“Pada mulanya saya tidak mahu mengeposkan video ini kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

“Namun begitu saya tetap mengeposkan video ini kerana ingin berkongsi cerita mengenai alam disebalik mata bagaimana rupa bentuk wajah makhluk alam sebalik mata, cuba besarkan gambar makhluk Itu bagaimana kewujudannya.” kata Rosdi.

Bagaimanapun pengamal perubatan itu tetap nekad berkongsi untuk memperlihatkan bentuk makhluk yang dikatakan berada di alam di sebalik mata.

Rosdi turut berkongsi ia adalah proses memulangkan batu delima kepada pemiliknya.

Menerusi video tersebut, Rosdi kelihatan menenggelamkan dirinya ke dalam permukaan air.

Namun, selepas itu timbul satu ‘entiti’ yang menggerunkan dan bermata merah.

Apa yang lebih membuatkan warga netize tercengang adalah, Fizikalnya kelihatan lebih tinggi dan besar daripada manusia.

Rosdi turut memaklumkan bahawa makhluk bermata merah tersebut adalah jin yang menjelma seperi seekor ular raksasa yang berdiameter empat pemeluk.

Video yang tular di Facebook:

Siapa sangka, video pendek berdurasi 3 minit 40 saat tersebut telah pun meraih 197k tontonan, 13K tanda suka, 3.3K komen dan 5.4K perkongsian di Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘meremang’ bulu roma apabila melihat rakaman tersebut dan menggangap video tersebut lain daripada yang lain kerana dapat merasakan ‘aura’ yang berbeza.

“Meremang bulu roma.”

“Inilah hantu air, nampak real imej dia.”

“Meremang walaupun siang hari tengok”

“Bukan semua orang boleh menzahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan ALLAH dan kehebatan ilmu orang-orang dahulu. Abaikan yang tidak percaya.”

Walau bagaimanapun, Rosdi sempat meninggalkan sepotong peribahasa di kapsyen yang berbunyi ‘hanya jauhari yang mengenal manikam” yang bermaksud hanya seseorang yang mahir di dalam sesuatu perkara itu sahaja yang mnegetahui tentang perkara tersebut.