[VIDEO] ‘Ustaz Ebit Lew’ Celup Buat Penonton Muzikal Lawak Superstar 2 Geli Hati

Program Muzikal Lawak Superstar (MLS2) yang sudah beberapa minggu tidak bersiaran di kaca televisyen kini kembali menghiburkan para penonton di rumah mulai semalam.

Program lawak yang sarat dengan gelak tawa itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Watak Ustaz Ebit Lew berjaya curi tumpuan

Menerusi episod kelima semalam, kumpulan Heart yang dianggotai oleh Azmi Saat, Ezad Lazim dan Danial ternyata mencuit hati penonton.

Manakala watak pendakwak bebas Ustaz Ebit Lew yang dilakonkan oleh Danial, berjaya membuat kesemua juri ketawa.

Minggu berat pertama kali buat lawak tanpa penonton

Menerusi perkongsian di laman Instagram Danial, beliau memanjatkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan perjuangannya di Muzikal Lawak Superstar.

“Semua Allah Sayang. Terima kasih semua. Memang minggu yang cukup berat sebab pertama kali buat lawak tanpa penonton.”

Allah sayang semua

“Alhamdulillah rezeki hari ni. Terima kasih kepada yang mendoakan. Terutama kepada Paksu @paksu_shamsul_ghaughau sebab sudi bersama kumpulan heart minggu ni.”

“Harap minggu depan ada penontonlah yee. Allah sayang semua.”

Danial berjaya bawa watak Ustaz Ebit Lew dengan baik

Dalam episod semalam, Danial telah berjaya membawa watak Ustaz Ebit Lew dengan baik sekali.

Malah, kumpulan tersebut banyak mengetengahkan isu semasa seperti pengambilan vaksin, amalan bersedekah serta jasa Ustaz Ebit terhadap masyarakat di seluruh Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Dato Awie berikan lima bintang buat kumpulan Heart

Selain itu, dengan kehadiran tetamu undangan iaitu Shamsul Ghau Ghau turut membuat penonton dan juri tidak kering gusi.

Hasil kreativiti dan lawak kumpulan Heart, Dato Awie telah memberikan lima bintang buat mereka.

@liyanaizzaty__##ebitlew ##allahsayang ##muzikallawaksuperstar2 ##fyppppppppppppppppppppppp ##fypシ ##fypdongggggggggg🥺 ##explore♬ bunyi asal – Liyana Izzaty

Malah, selaku juri tetap Fazura dan Zul Ariffin kelihatan turut terhibur sepanjang kumpulan tersebut beraksi di pentas MLS2.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan persembahan yang diberikan oleh para peserta.

@liyanaizzaty__Balas kepada @amzzzpom ##ebitlew ##allahsayang ##muzikallawaksuperstar2 ##fyppppppppppppppppppppppp ##fypシ ##malayalamcomedy♬ bunyi asal – Liyana Izzaty