[VIDEO] Kerap Sebut Masya-Allah & Simpan Janggut Panjang, Penonton Perhati Perubahan Nabil Ahmad

Menerusi laman Facebook, seorang pengguna bernama Khaizura Khalid berkongsi pendapatnya mengenai perubahan pada pengacara Nabil Ahmad.

Jelas Khaizura, mungkin ada penonton program Muzikal Lawak Superstar 2 semalam yang menyedari pengacara itu kerap menyebut perkataan ‘Masya-Allah’.

Nabil berkongsi melakukan khuruj 

Wanita ini menyedari perubahan tersebut, Khaizura mengulas kembali sesi siaran langsung antara Prof Muhaya dan KK Talib bersama Nabil dan Zira yang disaksikannya pada 28 Februari lalu.

Semasa sesi siaran langsung itu, Nabil berkongsi pengalamannya pergi melakukan khuruj atau berdakwah bersama jemaah lain.

Mulut Nabil tidak lekang sebut MasyaAllah

Jika ada yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi, mungkin perasan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan mulutnya tak lekang sebut “MasyaAllah”.

Selain itu, ketika Kak Lina menyatakan SOP, amalkan 3W (Wear Your Facemask, Wash Your Hand & Watch Your Distance), Nabil tambah 1 W lagi.

Wudhuk. Katanya pastikan sentiasa berwudhuk. MasyaAllah Tabarakallah.

Tetamu istimewa Prof Muhaya adalah Nabil dan Zira

Pada ahad minggu lepas, 28 Februari 2021, kita berpeluang menyaksikan LIVE 7am oleh Bonda Prof Muhaya dan KK Talib, bersama tetamu Nabil dan Zira.

“Bermimpikah Aku?” tajuk topik pagi tu. Kita pun tak tahu kisah, rupa-rupanya, Nabil ada khuruj 3 hari sebelum ini.

Nabil takut orang ingat nanti dia menunjuk

Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia nanti menunjuk-nunjuk. Tapi bila Bonda Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju share.

Nabil takut sangat orang kata, dia macam berlagak ke apa, sebab tu dia taknak langsung kongsi kisah dia.

Geng lepak dengan dia selama ini semua jemaah

Tapi itulah, asyik menangis je, dengan kita pun menangis sama. Allahu Akbar.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Nabil kata, dia tak tahu pun geng motor yang lepak dengan dia selama ini semua jemaah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Jemaah ini setiap malam mendoakan Nabil

Diorang tak pernah sesekali judge Nabil. Tak pernah ajak Nabil keluar 3 hari, malah Nabil tak tahu langsung kawan-kawannya itu semua khuruj.

Cuma Nabil tertarik hati dengan akhlak yang geng motor dia tunjukkan. Dan jemaah ini setiap malam mendoakan Nabil.

Rumah tangga ada masalah, asyik bergaduh

Kata Nabil, rumah tangga dia ada masalah, asyik bergaduh, solat tu solat tapi ada sesuatu yang missing.

Solat tu 4 waktu dapat buat, cuma subuh je selalu tinggal. Solat malam, memang jarang.

Zira macam berat hati

Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira macam berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain.

Sebab tak pernah berpisah, selalu ikut Nabil ke mana-mana. Jadi bila berpisah sekejap, baru ada rasa rindu, baru tahu hargai pasangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Banyak perubahan Nabil, cara cakap, layan bini dan anak-anak 

Dan, bila tengok Nabil balik, banyak perubahan Nabil, cara cakap, cara layan isteri dan anak-anak semua dah lain.

Ada satu pagi, Nabil bawak Zira dan anak-anak ke masjid nak solat subuh, AJK masjid kata tak boleh masuk, hanya AJK sahaja.

Padan muka aku Ya Allah, dulu masjid boleh masuk aku tak pernah masuk

Nabil cakap, “Padan muka aku Ya Allah, dulu masa masjid ni boleh masuk, aku tak pernah pun nak masuk, nak bawak anak bini, sekarang dah tak boleh masuk masjid. Padan muka aku Ya Allah”.

Bila KK Talib tanya, adakah Nabil akan tinggalkan dunia artis ini, Nabil kata, ada dua jenis orang dalam industri ini. Ada yang well prepared yang nak jadi artis / celebrity.

Belajar seni, masuk kelas pengacara, kelas tarian, kelas lakonan dan sebagainya.

Tanggungjawab Nabil teruskan dakwah di kalangan artis

Sedangkan Nabil, ini adalah kerja dia. Ini tanggungjawab dia untuk teruskan dakwah di kalangan artis.

Dia masih pelajar, dia harap Allah jangan marah dia jika dia melakukan kesalahan, sebab dia masih lagi baru.

Dunia ini 2 minit setengah sahaja

Dunia ini 2 minit setengah sahaja. Tak lama. Nabi SAW adalah manusia yang paling sibuk nak selamatkan umatnya di akhirat nanti.

Kenapa kita tak tolong Nabi SAW yang sayang kita sejak 1400 tahun dulu, sambung dakwah Baginda?

Berkali-kali Nabil nangis kesat airmata dia

Nabil cakap, kenapa selama ini dia bangun tidur tak macam orang Islam? Patutnya, bangun tidur, sebut Alhamdulillah, syukur sebab Allah masih pinjamkan nyawa.

Berkali-kali Nabil nangis sambil kesat airmata dia. Di akhir perkongsian tu, Bonda ada ulas cara Nabil kesat air mata tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Itu cara sebenar kesat air

Sangat betul, itu cara sebenar kesat air. Adalah Bonda sebut dalam Sains gitu gini pasal mata. Kita pun lupa.

Lepas tu, Bonda kata, maknanya Nabil ambik wudhuk di muka itu memang cara Nabi SAW berwudhuk, cara sapuan air di mata. MasyaAllah.

Merinding bulu roma kita. Rasa kerdil sangat. Rasa banyaknya dosa, banyaknya benda sia-sia yang kita buat.

Ujian datang seperti air terjun

Nabil sambung lagi, kisah seorang lelaki yang yang nak berdakwah ke jalan Allah. 3 kali Rasulullah SAW tanya, betul ke? Lelaki tu kata ya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “ujian yang datang seperti air terjun yang jatuh ke sungai. Bertimpa-timpa”. Sungguh.

Sekejap je tue, sebulan nanti balik ke asal

Bila kita nak dekatkan diri ke jalan Allah tu, akan banyak ujian yang datang. Mulut orang yang negatif, contoh

“Eleh, sekejap je tu, sebulan nanti, balik ke asal”. Jarang mendoakan agar orang yang cuba berubah kepada kebaikan itu supaya istiqomah.

Nabil dan Zira harap semua doakan mereka istiqomah

Nabil dan Zira harap sangat semua orang doakan mereka sentiasa istiqomah dan ada keturunan mereka yang jadi orang alim.

Masa tu, 2K yang menonton LIVE tu, semua mendoakan Nabil. MasyaAllah.
Terkejut juga Nabil ada di MLS2 malam tadi. Sebab sebelum ni tak ada.

Sementara itu, menerusi Intstagram Datuk Prof Dr Muhaya turut memuat naik video temuramah bersama Nabil dan Zila di akaun Instagram beliau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Nabil dan Zira sentiasa istiqomah dengan penghijrahan mereka.