[VIDEO] Usia Beza 19 Tahun, Eizlan Yusof Selamat Menikahi Gadis Mualaf

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof baru saja sah bergelar suami kepada seorang wanita berketurunan Serani, Natasha Rossa Boudville.

Dengan sekali lafaz sahaja, Natasha dan Eizlan bergelar suami isteri dalam satu majlis di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi.

Kedua-dua mempelai itu selamat dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ), Kolonel Mohd Ajib Ismail.

Pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80.

Berita gembira ini dikongsikan di laman Facebook Media Hiburang.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Eizlan Yusof kini sudah bergelar suami kepada Datin Seri Natasha Rosa. Tahniah!”

Sebelum ini, DS Eizlan membuat satu pengumuman yang bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember.

Majlis persandingan Dato Seri Eizlan Yusof dan Datin Seri Natasha Rossa Boudville

 

“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin”, katanya.

“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” ujarnya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Khabar angin mengatakan kos perkahwinan mencecah 2 juta

Sementara itu, Datuk Seri Eizlan juga turut mengakui jumlah sebenar kos perkahwinannya yang bakal berlangsung kelak masih tidak dapat diketahui.

“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” ujarnya.

Anak-anak turut merestui perkahwinan ini

Pelakon kegemaran ramai itu turut berkongsi telah mengenali Natasha selama empat tahun dan berasa gembira apabila anak-anak turut merestui keputusan mengahwini Natasha.