“Injection before pergi umrah” Rengekan Takut Jarum Intan Najuwa Jadi Perhatian Netizen

Intan Najuwa antara nama yang semakin meningkat naik dan sedang melakar nama sebagai pelakon dalam industri.

Pelakon kecil molek itu sering berkongsi rutin harian dan perjalanan seninya di laman sosial Instagramnya.

Membintangi drama setelah ku dimiliki

Pelakon yang memiliki 1.3juta pengikut di instagram itu sebelum ini membintangi drama setelah ku milik digandingkan bersama Zul Ariffin.

Intan Najuwa yang berumur 22 tahun turut menjalinkan perhubungan dengan seorang ahli perniagaan dan telah mengikat tali pertunangan.

Satu video yang mendapat perhatian netizen hari ini apabila pelakon cantik itu telah memuat naik video berkenaan di Instagramnya.

Intan Najuwa berkongsi pengalaman mengambil suntikanuntuk pergi menunaikan Umrah di di sebuah hospital.

Amik injection sebelum pergi Umrah

“Kebetulan tadi shooting kat Hospital. Alang-alang ambik injection before pergi umrah. Ha hambik satu production kena pujuk heret taknak bagi takut, Dasarrr penakutttt”.

Sementara itu, jururawat dan kawan-kawan yang pergi bersama beliau turut datang menenangkan pelakon itu.