[VIDEO] Usaha Hiburkan Anak Kecil, Pekerja McD Ini Jadi Perhatian Netizen

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan diadakan kerajaan telah memutuskan untuk membuat peraturan baru iaitu tiada lagi ‘Dine- In’ di semua restoran di negeri-negeri terlibat. Pelanggan hanya dibenarkan bungkus atau pandu lalu sahaja.

Walaupun hanya bungkus sahaja dibenarkan namun ada juga restoran yang tidak membenarkan pelanggan menunggu dan perlu tunggu di dalam kereta.

Perkara ini biasanya dilakukan oleh restoran makanan segera.

Terbaharu, selepas tular video Abang Hitam Manis di traffic light kini muncul pula video tular baru dimana seorang pekerja restoran makanan segera menghiburkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menari di dalam kereta.

Menerusi perkongsian seorang wanita dia sewaktu itu dia hanya ingin merakam gelagat anak perempuannya yang sedang menari sementara menunggu makanan mereka sampai.

Namun apa yang mencuit hati apabila lelaki yang ditugaskan menghantar makanan itu dengan spontannya menari bersama anaknya mengikut tempo lagu yang dimainkan di radio.

Perkara itu telah menghiburkan hati kanak-kanak tersebut dan juga ibunya ketawa besar akibat tarian lucu ‘Abang Mekdi’ tersebut.

Susulan video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 780 ribu, 89 ribu tanda suka dan 1756 komen di akaun Tiktok.

Menerusi video berkenaan, rata-rata netizen terhibur dengan aksi lucu lelaki itu kerana dia pandai mengambil hati kanak-kanak dan dia seperti gembira dengan pekerjaannya.

“Perempuan Malaysia tak cari yang good looking tau, diorang cari yang pandai menghibur kelakar. Siap kau bang budak-budak ni cari nanti haha” – netizen

Video tular di Tiktok

@asteroid.jbagus service mcm ni . hahahha .♬ original sound – asteroidJ

Malah, ramai yang mengusiknya untuk bersiap sedia apabila dicari oleh seluruh netizen Malaysia jika video itu tersebar dan viral seperti mamat hitam manis tempoh hari.

“Sorang lagi nampaknya akan jadi jejaka satu malaya. Apa pun Good Job dik, pandai mengibur”

“Oii abang helmet pun tak jumpa lagi satu koje nak cari abang mekdi pulak”

“Perempuan malaysia tak cari yang good looking tau dorang cari yang pandai menghibur kelakar. siap kau bang budak budak cari kau nanti”

“Please la Malaysia tak boleh tengok benda-benda yang enghiburkan kejap lagi satu Malaysia cari, ready ke ready?”