[VIDEO] “Umi rindu Daddy, Umi sayang Daddy” Luahan Sayu Isteri Mejar Zahri Armaya

JENAZAH Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang terkorban selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah semalam selamat tiba di kampung halaman isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sekitar jam 5.45 pagi Khamis. Allahyarham tiba dengan kereta jenazah selepas diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kuala Lumpur menaiki pesawat [...]

Isteri mana yang dapat menahan kesedihan apabila suami tersayang pergi meningalkan dunia buat selamanya.

Itulah yang dirasakan oleh isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang telah kembali dijemput Ilahi selepas terkena tembaakan ketika melakukan demontrasi di Kem Lok Kawi, Sabah semalam.

Jenazah dilaporkan telah selamat tiba di kampung halaman isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sekitar jam 5.45 pagi tadi.

Selepas diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kuala Lumpur menaiki pesawat komersil Malaysia Airlines malam tadi, Allahyarham tiba dengan kereta jenazah.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar Perak dan Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Ahmad Faizal menzahirkan ucapan takziah dan menganggap Allahyarham sebagai wira negara.

“Secara peribadi saya anggap Allahyarham sebagai seorang hero, latihan dilakukan itu sudah tentu bukan untuk menunjukkan kehebatan diri, tetapi memperkemaskan kecekapan mereka demi keselamatan negara,” katanya.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat subuh, hari ini.

Hujan lebat mengiringi tahlil ringkas yang diadakan di pekarangan rumah sebelum jenazah disemadikan.

Temubual bersama isteri allahyarham bertukar sayu apabila beliau menceritakan saat-saat terakhir beliau bercakap dengan Allahyarham.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga anak kepada pelakon popular A.R Badul pernah tular di dalam satu video apabila beliau terselamat dalam satu latihan payung terjun.


Menerusi video tersebut, Allahyarham menceritakan detik-detik cemas beliau menyelamatkan diri semasa latihan.

Menurutnya payung yang dipakainya hanya mampu dibukakan agak lewat daripada yang sepatutnya.

Semoga Allahyarham Mohd Zahir Armaya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.