[VIDEO] Netizen Kesal Ada Pelanggan Tak Tunduk Hormat Agong, Ini Penjelasan Istana Negara

Pekerja dan pelanggan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap pagi di restoran itu hari ini. Seri Paduka berangkat tiba di premis berkenaan pada kira-kira pukul 10.20 pagi dan menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring dan Presiden [...]

Para pekerja dan juga pelanggan di sebuah restoran di Putrajaya iaitu Restoran Nasi Lemak Royale Kedah  dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda telah berkenan untuk mencemar duli untuk bersantap pagi di restoran itu pada pagi tadi.

YDP Agong telah berangkat tiba di premis berkenaan pada kira-kira pukul 10.20 pagi dan menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring.

Turut serta adalah Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Malah, Tuanku turut berkenan untuk membayar semua makanan bagi pelanggan yang ada di kedai berkenaan.

Video yang dikongsikan oleh laman Instragram Istana negara telah menerima pelbagai reaksi netizen.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong singgah menikmati santapan di Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya” 

 

View this post on Instagram

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong singgah menikmati santapan di Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Ramai yang memuji betapa YDP Agong selalu mesra dengan rakyat jelata.

Namun disebalik pujian tersebut, terdapat beberapa netizen yang kurang senang dengan para pelanggan di dalam restoran berkenaan.

Rata-rata netizen kesal dengan sikap yang ditonjolkan oleh pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan sebab mereka tidak berdiri atau menunjukkan rasa hormat kepada YDP Agong.

“Sedih orang melayu xdak rasa hormat”

“Patut bangun la bagi penghormatan”

Walaubagaimanapun, situasi berkenaan bukanlah seperti yang didakwa oleh rata-rata netizen tetapi ianya disebabkan oleh titah Baginda untuk semua pelanggan duduk dan terus menjamu selera.

Disebabkan titah Baginda tersebut, semua pelanggan di dalam premis berkenaan terus duduk dan meneruskan .

Menerusi ruangan komen, pihak Istana Negara jelaskan bahawa itu semua adalah permintaan YDP Agong sendiri dan pelanggan hanya menurut perintah.

“Baginda sendiri yang menitahkan semua untuk duduk”

Netizen kemudiannya mengucapkan terima kasih terhadap penjelasan itu.

“Truly a very humble King”