[VIDEO] “Tolong kita..” Tular Isyarat SOS Google Maps Berhampiran Lokasi Pesawat Sriwijaya Air Terhempas

Kejadian buruk yang menimpa pesawat Sriwijaya Air yang mengalami kecelakaan telah mengejutkan dunia apabila pesawat yang baru sahaja berlepas itu mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya.

Terbaru, warga Indonesia dikejutkan dengan kehadiran tanda atau isyarat SOS yang terletak di Pulau Laki berhampiran dengan lokasi jatuhnya pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500.

Isyarat SOS di Pulau Laki 

Berita mengenai isyarat SOS di Pulau Laki pertama kali disiarkan di media sosial mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut menunjukkan rakaman layar yang membuka aplikasi Google Earth dan menuju ke Pulau Laki dengan tanda SOS. Tidak lama kemudian berita itu menjadi viral.

Simbol SOS akan muncul dalam bentuk tanda seru merah

Malah sejak perkara tersebut tular, sebahagian daripada warga Indonesia mula melakukan hal yang sama dengan membuka peta Google dan mengarahkan lokasi ke perairan Pulau Laki.

Simbol SOS akan muncul dalam bentuk tanda seru merah dengan maklumat ‘Insiden pesawat Sriwijaya Air’.

SOS bermaksud meminta pertolongan

Titik berwarna merah atau hijau di beberapa aplikasi Peta Google adalah makluman Save Our Souls (SOS), yang bermaksud meminta pertolongan.

SOS Alert mengandungi maklumat kecemasan yang lebih mudah diakses semasa bencana besar.

Laporan dibuat ke akaun Basarnas untuk memeriksa lokasi

Netizen yang terkejut dengan penemuan itu kemudian bergegas melaporkannya ke akaun media sosial Basarnas (Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional) dan meminta Pasukan Basarnas memeriksa lokasi di Pulau Male.

Walaubagaimanapun, pendapat sesetengah orang, tanda isyarat SOS yang dipaparkan itu sangat meragukan.

Sangat mudah seseorang untuk buat amaran palsu 

Ini kerana di zaman yang serba moden, sangat mudah untuk seseorang itu menggunakan GPS Palsu dan membuat amaran palsu.

“Saya harap anda tidak menggunakan GPS palsu dan kemudian menunjuk ke sana, sekarang ada banyak orang melakukan itu demi konten, jika itu tipu, sila periksa kemas kini pertama,” tulis salah seorang netizen.

Basarnas masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung isu tersebut

Sehingga kini, pasukan Basarnas masih belum memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan menipu isterinya ke pontianak dengan menaikki pesawat Sriwijaya Air.

Salam takziah kepada semua korban pesawat Sriwijaya Air, moga kesemua ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dengan kehilangan ini.