Menerusi kemas kini di Instagram, Lana melahirkan rasa terharu dan bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Terharu dan sayu mendengar apabila mendengar suami tercinta iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami. Terima kasih Allah S.W.T,” ujarnya ringkas.

Di dalam video berkenaan, suaminya, David McKienzi mengiqamatkan anak perempuan mereka sambil diperhatikan Lana.

Bagaimanapun, baik Lana mahupun David, masing-masing tidak mendedahkan nama bayi tersebut.

Lana Nordin sebelum ini telah berkahwin dengan jejaka dari Amerika Syarikat bernama David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie.

Biodata Lana Nordin

Nama sebenar: Mazlina Binti Hasan Nordin

Tarikh lahir: 6 Disember 1979

Tempat lahir: Bintawa, Kuching, Sarawak

Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik

Kerjaya Awal: Pramugari (2002 – 2005)

Profesion: Pelakon, pengacara, model, usahawan

Filem: Remp-It, Main-Main Cinta, Gentayangan, Taiko, Chow Kit, Ponti vs Omi (Pontianak vs Orang Minyak), Tokak, Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2)

Drama/Telefilem: Gol & Gincu, Kaizer, Astana Idaman 3, Dunia Baru, Mendung Berarak Kelabu, Impian Itu Milik Kita, Kamasutra, Akademi Cinta, Puteri, Cebisan Duka, Aku Juga Perlu Cinta, Tidurlah Permaisuri, Waris Jari Hantu, Cintaku Di Mukah, Suzana, Kopitiam, Sadiq and Co, Ahmad Durrah, Mayang Mengurai, Na O Mei, Aku Ghaib , Tuntutan Maut , Kau & Aku, Dewa Cinta, Hujan Tak Berhenti, Takdir Qismah

Program: Jejak Pulau (13 episod), XTune untuk saluran Astro Ria, Anak Gemilang

Ratu Cantik Melayu Terakhir: Trofi Miss Malaysia Petite, tempat ke-2 dalam Ratu Cantik Malaysia 1997 (ditarik penganjur apabila Jabatan Agama Islam mengeluarkan arahan wanita Melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik)