Nadiya Nisaa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan 1 Januari Lalu, Turut Kongsi Nama Bayi

Pelakon, Nadiya Nisaa telah memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, 1 Januari lalu. Tahniah diucapkan!

Aminah Rose nama diberi, bintang berkenaan turut  menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan buat peminat dan keluarga atas doa serta zikir yang diberikan buatnya.

Pelakon filem Terbaik Dari Langit itu mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram, sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.

“Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.

“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt.

“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je,” tulisnya panjang lebar sambil mendoakan semuanya dipermudahkan.

Terdahulu, anak kedua yang dikandungnya disahkan menlngg4l dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.

Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Biodata Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan.

Nadiya mendalami dunia bidang lakonan sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Nadiya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.

Nadiya Nisaa juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Nadiya Nisaa muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul.

Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Nadiya menjayakan peranan utama sebagai Yang Chik dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau.

Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Johan As’ari dan bintang baru, Ali Karimie.