[VIDEO] Terpisah Dengan Tingkap Hospital, Suami Isteri & Anak Positif COVID-19

Dua hari lalu, tular di media sosial mengenai sebuah keluarga yang sedang menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif wabak Covid-19. Terbaru, sebuah keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki turut mengalami situasi sama apabila disahkan positif wabak tersebut di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Inilah kisah kami sebenarnya. Sy isteri dan [...]

Beberapa hari yang lepas telah tular di media sosial mengenai sebuah keluarga yang sedang menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif wabak Covid-19.

Terbaru, satu keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki turut mengalami situasi sama.

Mereka bertiga disahkan positif wabak tersebut di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Deli Lah menjelaskan bagaimana keluarganya boleh dijangkiti wabak ini.

“Inilah kisah kami sebenarnya. Sy isteri dan baby 3 bulan positif covid. Jgn tanya contact dr mana sbb sy pon xpasti.

“Sy dgn pekerja pon tiada contact sbb sy kuarantin diri sendiri sudah lebih 15hari. Sy up ni sbb terlalu byk dpt call dan msg.

“Kami sekeluarga mohon maaf dan ampun jika ada tersilap dr anda semua rakan2. Bo la dk viral pelik2 psl keluarga kecil sy ini.

“Mohon doa dari sahabat semua tu jah kami perlukanAllah SWT buat yang terbaik utk kami asingkan diri dgn dunia sekejap utk kembali tawajud kpd Allah SWT. Dapat solat bersama dapat baca quran bersama.

“Alhamdulillah, Kami di wad hrpz kb amat berterima kasih kpd frontliner dan incharge IK di sini dan semua tempat. Mereka tidak mengenal erti letih lelah utk kami. Semoga Allah SWT memudahkan urusan sahabat blako

“Duduk rmah kalau syg isteri dan anak dan keluargaKekal bersih selalu semuaIngt ini bukan main2. Ini adalah benar. Janji Allah itu pastiDuduk rmh jgn tgk muvi pelik2. Bykkan amalan yg share fb bgus2 sajo”

Deli juga berpesan kepada orang ramai supaya duduk di rumah dan manfaatkan masa sebaiknya untuk beribadah kepada Allah SWT.

“Taatlah kepada pemimpin. Wajib kita patuhi. Duduk rumah bersama keluarga. Hak bujang pon sama duduk rumah jah.

“Keluar rumah jika penting sangat kalau tak boleh bawa mudarat kepada diri sendiri dan keluarga.Yang mana tidak pernah solat bersama keluarga Allah bagi peluang ni guna sebaiknya.

“Dakwah sudah tidak bergerak. Masjid2 telah sunyi. Gunakan masa ini utk kita bertawakal,”

Dli juga berkongsi keadaan anaknya yang tidur berlapikkan plastik di hospital.

“Nk ke anak tdo berlapik kan supik?? Demo nk? Virus ni tak kenal org baik ke jahat. Kita kena sentiasa berada dalam…”

Rata-rata netizen bersimpati dengan mereka dan mendoakan dikurniakan kesembuhan kepada keluarga ini.

Semoga Deli dan keluarganya lekas sembuh dari wabak COVID-19.