[VIDEO] Terlepas Dari Rumah Pengasuh, Budak Ini Menggigil Kesejukan di Tengah Jalan

Kes yang melibatkan pengasuh kanak kanak dan bayi ini bagaikan tiada pengakhiran. Boleh dikatakan ada sahaja perkara yang berlaku setiap hari.

Kisah kali ini tentang kecuaian pengasuh sendiri. Hal ini berlaku sekiranya mereka tidak berhati hati dan tidak bersungguh sungguh atau kurang menumpukan perhatian dalam penjagaan kanak kanak.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikhabarkan terlepas dari rumah pengasuh dalam keadaan hujan. Lebih menyayat hati, kanak-kanak itu menggigil kesejukan sambil menyebut nama ibu berkali-kali.

https://www.facebook.com/panglimahitam.harith/videos/10218701178993746/?t=0

Berikut merupakan video yang dikongsi oleh Harith Rahim menerusi laman facebooknya. Video berdurasi 21 saat itu menyaksikan dia menemui seorang kanak-kanak perempuan dipercayai keluar dari rumah pengasuh.

Kanak-kanak perempuan itu berjalan di dalam keadaan hujan sambil memegang botol susu dalam keadaan menggigil kesejukan.

“AMANAH ORANG TU BOLEH PULAK KAU LEKA”

NEW UPDATE

BUDAK NI TERLEPAS DARI RUMAH PENGASUH!!!. YA ALLAH… AMANAH ORANG TU BOLEH PULAK KAU LEKA.

Ya Allah.. Parent pls jangan lepa.. Baru je jumpa budak comel ni tgh2 jalan td..
Sambil sebut Ibu.. Ibu… Menggigil2 dia sebab sejuk hujan..

Alhamdulillah rumah parent dia xjauh.. Semoga Allah beri kesihatan yg baik pd kau nak.. Jangan demam bdak tu dah la..☺

*Allah izin ada bj hujan aku pakai td dlm kereta..

Pengguna facebook itu juga menasihati ibu bapa dan penjaga agar tidak leka dalam penjagaan anak anak.

Menurutnya lagi, kediaman rumah keluarga kanak-kanak ini tidak jauh dari lokasi yang ditemui.

Adik ini bernasib baik bertemu dengan orang yang baik hati hingga sanggup mencari di mana lokasi rumahnya.

Semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan tidak kisah lah sama ada di rumah pengasuh ataupun keluarga sendiri.