Meninggal Dunia Semasa Bertugas Atas Kapal, Mayat Kelasi Disemadikan Ke Laut

Baru baru ini, tular tentang berita seorang kelasi dari Indonesia yang telah disahkan meninggal dunia di atas kapal ketika sedang menjalankan tugas. Mayatnya dilaporkan dicampakkan ke dalam laut.

Kelasi tersebut yang dikenali sebagai Al Fatah berasal dari Enrekang telah ikut bertugas sejak 18 Disember 2019.

Menurut sumber, kematian anak kapalnya pada dua bulan lepas disahkan oleh Direktorat Jenderal Protokol dan Konsuler Kementerian Luar Negeri.

Katanya lagi, wajah Al Fatah membengkak dan beliau mengalami sakit kaki, sakit dada dan sesak nafas. Kapten kapal juga telah memberikan ubat kepadanya namun keadaan Al Fatah semakin merosot.

Oleh yang demikian, bagi tujuan untuk membawanya ke darat dan menerima rawatan di hospital, Al Fatah terpaksa dipindahkan ke Kapal Long Xing 802 pada 27 Disember 2019 yang dijadualkan berlabuh di Samoa.

Namun pun begitu, Al Fatah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas 8 jam dipindahkan ke kapal sebelum sempat dibawa dan dirawat oleh Doktor.

Pihak atasan terpaksa membuat keputusan untuk membuang jenazah Al Fatah ke dalam laut oleh kerana kapal masih jauh daripada pelabuhan di Samoa. Hal ini demikian kerana takut ada penyakit yang boleh menular serta menjangkiti kru kapal yang lain.

Perkara ini telah mendapat pengetahuan dari ahli keluarga dan keputusan pihak atasan tidaklah dibuat sesuka hati dan secara membuta tuli.

Menurut wakil keluarga iaitu Khairil, mereka telah pun dimaklumkan tentang berita kematian Al Fatah daripada pihak kementerian.

Seluruh ahli keluarga terpaksa akur dan redha dengan keputusan itu meskipun mereka berhasrat jasad Al Fatah dapat di bawa pulang dan dikebumikan.

” Iya, jelas infonya. Bahkan kemarin sudah salat jenazah di kampung”

“Kami sangat ingin melihat jenazahnya, tapi mungkin itu sudah hal yang mustahil. Kami tidak ingin berpikir macam-macam terkait penyebab kematiannya, karena sudah diikhlaskan,” kata Rasyid, abang Al Fatah.

Kali terakhir mereka berhubung dengan Al Fatah adalah setahun yang lepas ketika Al Fatah masih di Hong Kong dan sedang menuju ke Korea.

“Terakhir komunikasi setahun lalu, saat ini dia (Alfatah) masih di Hong Kong, pas di bandara menuju Korea dia sempat nelepon, dan setelah itu tidak pernah ada kabar lagi,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, marilah kita bersama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Al Fatah. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.