[VIDEO] “Terima kasih rakyat Malaysia” Dr Noor Hisham Tersenyum Bahagia Umumkan Kejayaan Hari Ini

Pada 18 Mac 2020, negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan pandemic Covid-19.

Hari demi hari, semua rakyat Malaysia mengikuti perkembangan negara mengenai wabak ini menerusi sidang media.

Tiada kes baru Covid-19 libatkan penularan tempatan

Selain itu menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai maklumat dikongsikan kepada orang ramai termasuk perkembangan terbaru mengenai wabak berkenaan.

Pada hari ini, hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia berikutan tiada kes baru COVID-19 melibatkan penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Terima kasih rakyat Malaysia

Oleh itu, beliau menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh rakyat yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) membendung wabak ini.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir”.

“Saya juga ingin mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang sama-sama membantu KKM” ujar beliau.

Satu kes dilaporkan dan sifar kes penularan tempatan

“Hari ini kita ada satu kes iaitu hari yang bersejarah, satu kes dilaporkan dan kes sifar untuk penularan tempatan,” kata beliau dengan bangga diikuti tepukan hadirin.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Nasihat KKM kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita tidak leka dan patuh SOP”.

Kita kena jaga kita dan negara kita

“Kita kena jaga kita, jaga komuniti kita, jaga masyarakat kita dan negara kita,” kata beliau mengakhiri ucapan hari ini.

Beliau turut berkata, pencapaian hari ini adalah hasil kerjasama setiap peringkat masing-masing termasuk pengamalan kelaziman baharu, serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Penurunan kes harian juga menggambarkan kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial”.

Jangkitan boleh berlaku jika kita leka

“Namun, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai, pandemik COVID-19 masih berterusan di seluruh dunia”.

“Penularan semula jangkitan masih boleh berlaku jika kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran kerajaan”.

Video yang berdurasi 43.15 minit ini dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa sidang media tadi.

Semoga kita semua terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab dalam membantu negara memutuskan rangtaian Covid-19 ini.