[VIDEO] “Peh sama macam suara Dato Siti” Momen Gandingan Mantap Alif dan Sherry Di Malam AJL33

Walaupun persembahan Sufian Suhaimi menjadi trending dan isu hangat selepas Anugerah Juara Lagu pada malam tadi, para peminat masih memberi pujian terhadap pengacaraan Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang dikatakan sangat ‘awesome’.

Tidak perlu melakukan aksi lawak bodoh seperti sesetengah pengacara lain, Sherry dan Alif ternyata mampu menghiburkan penonton tanpa memberikan sebarang ruang ‘awkward’.

Jom kita tonton momen-momen menarik malam tadi yang sempat dirakam oleh peminat yang menonton Anugerah Juara Lagu 33 2019.

Alif dan Sherry menyanyi lagi Anak Itik Tok Wi versi Rock dan Sherry tiru suara Siti Nurhaliza

Sherry menegur peminat tersalah pegang kad huruf ‘A’ terbalik.

 

View this post on Instagram

 

sorry xleh move on kak @lisa_lislav_ pegang huruf A terbalikkk hahhahahaahhahahahahaa #khaibahar #ajl33

A post shared by yaya tiddiy (@sitikhairiyah94) on

Sherry Ibu Saudara Sharifah Sakinah!

Bagi yang tidak mengenali Sherry Alhadad, nama sebenarnya adalah Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, lahir 17 November 1984 merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV terkenal Malaysia.

BACA: Berjaya Turunkan 11KG, Sherry Semakin Kurus

Sherry juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater.

Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006.

Sejak itu Sherry bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3.

Sherry sebelum ini popular bersama rakan regunya pelawak Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu “Diva-Terbitan”

Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah.

Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Semoga Aliff Satar dan Sherry al Hadad dapat meneruskan momentum sebagai pasangan pengacara terbaik buat acara-acara berprestij akan datang.