[VIDEO] “Terbaek Zizanggg” Peminat Terharu Zizan Razak Bagi Anjing Patah Kaki Makan

Zizan Razak yang sememangnya popular sebagai pelawak di Malaysia dikenali dengan artis yang sangat rajin melayan para peminat.

Kalau anda mengikuti Zizan di Instagram, pastinya anda terhibur dengan setiap posting dari Zizan Razak yang sentiasa mengemaskini aktiviti sehariannya.

Terbaru, abang Zizan, Hafiza Razak telah memuatnaik satu video di laman instagramnya yang memaparkan Zizan.

Di dalam rakaman tersebut menunjukkan Zizan Razak sedang memberi makan kepada seekor anjing terbiar di tepi jalan.

Lebih menyentuh hati apabila kelihatan anjing terbiar itu patah pada salah satu kakinya.

Teteapi ada juga aksi yang menggelikan hati apabila Zizan yang memang terkenal dengan aksi lawaknya seolah-olah mengajar anjing tersebut untuk bercakap dengan dialek Terenggannu.

Rata-rata peminat memuji usaha murni Zizan itu walaupun masih ada manusia di luar sana yang jiji dengan anjing terutamanya anjing jalanan.

Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia.

Zizan ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak.

Zizan Razak juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia.

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Zizan juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015–18).

Zizan juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Semoga apa yang dilakukan oleh Zizan akan menjadi contoh ikutan buat semua peminatnya.