[VIDEO] “Sedih persembahan Sufian malam ni, tapi pelamin tu..” Anugerah Juara Lagu 33 Sufian Suhaimi Tarik Perhatian Peminat

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau dipendekkan sebagai Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

AJL 33 2019 menampilkan ramai penyanyi yang hebat-hebat dari generasi lama sehinggalah generasi terbaru.

Namun, apa yang menarik pada persembahan Juara Lagu malam ini adalah nyanyian Sufian Suhaimi.

Jom kita lihat persembahan Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu yang menarik perhatian para netizen.

“Sedih persembahan Sufian Suhaimi malam ni tapi pelamin tu…”

Rata-rata peminat memberikan komen positif buat Sufian Suhaimi kerana memberikan persembahan dengan penuh perasaan.

Malah ada yang mengatakan lagu Di Matamu Sufian Suhaimi ini mampu menjadi Juara bagi AJL 33 malam ini.

Anugerah Juara Lagu pada asalnya diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton.

Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam.

Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.

Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan.

Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan.

Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 33 2019 (AJL33) 

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara: Bunga – Ara Johari

Tempat Ketiga: Sampai Bila – Misha Omar

Vokal Terbaik: Misha Omar – Sampai Bila

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi – Dimatamu

Juara Anugerah Juara Lagu 33 dimiliki oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah melalui lagu Haram, membawa pulang hadiah RM50,000 beserta trofi.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 33 pula milik Ara Johari dengan lagu Bunga dan membawa pulang hadiah RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 33 pula milik Misha Omar dengan lagu Sampai Bila dan membawa pulang RM20,000 dan trofi.