[VIDEO] Tengah Syok Dating, Pemuda Terkejut Lelaki Bangladesh Minta Tolong Buat Tik Tok

Hasrat seorang lelaki Bangladesh membuat rakaman Tik Tok berlatarbelakangkan Menara Kembar Petronas Berhasil apabila dibantu oleh seorang rakyat Malaysia

Menerusi video yang tular di laman Twitter, Mohamad Aizal Izwan turut diberikan pujian kerana membantu lelaki berkenaan merealisasikan impiannya.

Memetik laporan mStar, Mohamad Aizal turut berkongsi cerita lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Saya terkejut pada awalnya, tapi gembira dapat membantu

“Saya terkejut juga pada mulanya. Tapi saya gembira dapat membantu. Rakaman tu dalam 20 saat sahaja. Ini kali pertama, satu pengalaman baharu buat saya”.

“Muka dia pun nampak happy, dia puas hati dengan TikTok yang dihasilkan,” ujarnya.

Jelas Aizal lagi, dia juga tidak menyedari teman istimewanya, Nurul Alaika Suhana membuat rakaman video berasingan sewaktu dia membantu lelaki itu membuat TikTok.

Kita sesama manusia, apa salahnya membantu

Malah, dia sama sekali tidak menyangka ia bakal meraih hampir setengah juta tontonan di Twitter.

“Masa rakam video, saya pun tak tahu teman wanita saya rakam juga video behind the scene. Tak sangka blow up macam ni”.

“Pada saya, kita sesama manusia, apa salahnya membantu? Setakat rakam, ambil gambar tu perkara biasa je”.

Jangan kira kaum atau bangsa, kalau mampu kita tolong

“Jangan kira kaum, bangsa atau apa sahaja. Kalau mampu tolong, kita tolong,” ujar penuntut bidang Kejuruteraan di Universiti Malaya (UM) itu”.

Difahamkan, ada pelayar Twitter mendakwa mengenali lelaki Bangladesh itu dan difahamkan dia bekerja di sebuah pusat beli belah di Rawang, Selangor.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan ada yang turut memberikan pujian kepada Mohamad Aizal kerana berjaya membantu lelaki berkenaan.