[VIDEO] Tengah Menyapu Tiba-tiba ‘Hilang’, Lelaki Ini Bingung Cari Penyapu Tak Jumpa

Pasti ramai di antara kita mudah terlupa bukan? Penyakit lupa ini bukan sahaja wujud di kalangan orang yang sudah berumur sahaja, malah kita yang muda ini juga kadang kala terlupa dimana kita meletakkan barang atau terlupa membawa sesuatu dan sebagainya.

Hal ini mungkin disebabkan seseorang itu mengalami masalah genetik atau cara pemakanan mereka.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah merakam seorang pekerja di sebuah pasar raya dilihat terpinga-pinga mencari dimana keberadaan penyapu yang baru sahaja dia gunakan.

Video yang tular di Twitter itu telah meraih perhatian netizen kerana gelagat lucu lelaki itu mencari dimana dia meletakkan penyapu semasa mengemas.

Lelaki tersebut dilihat sedang mengemas kawasan lorong di sebuah pasar raya dan mengepit penyapu di lengannya sebelum berpusing ke belakang untuk membersihkan kawasan itu.

Sejurus selepas itu, dia mencari-cari di mana dia meletakkan penyapu itu sebentar tadi sambil.

Apa yang melucukan lagi, dia berasa pelik mengapa penyapu tersebut hilang secara tiba-tiba dan tiada di tangannya sehingga menggaru kepala serta berpusing beberapa kali sedangkan penyapu tersebut masih ada di lengannya.

Menerjah ke ruangan komen pula, video yang tular itu telah membuat netizen terhibur dengan perkara itu dan rupanya ada juga yang mempunyai tabiat lupa yang sama yang dikongsikan.

“Selalu berlaku kalau pakai spek. Kadang lupa dh letak atas kepala sendiri pastu mengagau cari satu rumah dengan mata rabun terkelip-kelip, kecik besar kecik besar try nk zoom kut-kut boleh view lebih sharp.”

“Bab spek ni setuju. Pernah laa byk kali jugak laa. Dah pakai spek dah, tapi still tercari-cari. Pastu tak perasan masa cari tu jelas jaa penglihatan, tak kabur pun. Apatah masalah aku ”

“Aku pernah kena juga macam ni. Tengah berdiri dodoikan anak, pastu ternampak katil anak kosong. Nak gugur jantung aku terfikir anak aku kat mana padahal aku tengah dukung dia.” ujar seorang netizen.

“Penat sangat kerja tu”

” Aku letak telefon dekat ringlight , lepas tu menggila cari. Ni mesti penyapu ahli sihir dia pinjam tak bagi balik tu yang tak jumpa-jumpa” kata netizen berseloroh di ruangan komen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1 juta views, 22000 retweets dan 37000 likes di Twitter.