[VIDEO] “Takpe Dik, Takde Orang Nak Kat Abang Dah” Remy Ishak Putus Tunang?

Remy Ishak yang popular dengan drama Pujaan Hati Kanda telah menimbulkan tanda tanya apabila mengeluarkan satu kenyataan di dalam instagram miliknya.

Di dalam sesi Live di Instagram, Remy dengan nada seloroh menyatakan tiada orang mahu kepadanya lagi.

“Takpe di, takde orang nak kat abang dah. SO abang okay je.”

Remy menjawab soalan yang ditanyakan oleh peminat supaya dia menjaga makan dan jangan gemuk.

Walaubaimanapun masih tiada kenyataan rasmi daripada pelakon kacak itu mengenai status pertunangannya.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu selamat bertunang dengan wanita pilihan hatinya, seorang ahli perniagaan bernama Ezza Yusof semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Remy mengesahkan perkara tersebut menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis pertunangan tersebut, Ezza kelihatan anggun menggayakan busana rona ungu muda manakala Remy yang turut hadir mengenakan kemeja berwarna biru gelap.

Remy Ishak dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebagai anak kedua daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah.

Ketika berusia 18 tahun Remy Ishak mempertaruhkan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur.

Remy Ishak pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, Remy mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam.

Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung. Selain itu, Remy melakonkan watak tajuk dalam drama Arjuna yang turut dibintangi oleh Nora Danish.

Remy Ishak terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia – Nur Kasih.

Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman).

Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton. Kemudiannya drama Nur Kasih telah ditayangkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.