[VIDEO] “Tak pernah burukkan saya walau tahu semua benda..” Aliff Syukri Kenang Pemergian Bekas Pengurus

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pemergian bekas pengurusnya, Ghazi Bin Mat Lawi sebagai suatu yang mengejutkan dan sukar untuk diterimanya. Menurut Datuk Seri Aliff, sewaktu masih berkhidmat, allayarham Ghazi adalah individu yang bertanggungjawab menjaga soal fesyen serta makan dan minumnya. “Doakan Al-Fatiha utk arwah @ghazi_ml semua hanya tinggal kenangan. Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga [...]

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kenangan semasa bersama bekas pengurusnya yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Datuk Seri Aliff memberitahu sewaktu masih berkhidmat, allayarham Ghazi adalah individu yang bertanggungjawab menjaga soal fesyen serta makan dan minumnya.

“Doakan Al-Fatiha utk arwah @ghazi_ml semua hanya tinggal kenangan. Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia ke dan kembali ke rahmatullah.

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya.

“Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.

“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah.

Perkongsian tersebut dimuatnaik oleh Datuk Seri Aliff menerusi sebuah video khas di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tak pernah burukkan

“Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.

“Susah nak cari pekerja macam Ghazi. Jom kita bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

“AMIN YA RAB. Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta,”

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian video daripada Datuk Seri Aliff itu.

Malah isteri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida turut memuat naik video khas buat Allahyarham.

Selamat jalan PA Bangsawan

“Selamat Jalan PA bangsawanku…kenangan terakhir saya abadikan.. Kebaikan yang saya akan kenang hingga ke akhir hayat…tiada lagi org yg akan menghiburkan saya jika saya sedih….

“Terima kasih kerana berbakti kepada saya dan keluarga dengan penuh ikhlas dan saya bersyukur dipertemukam dgn insan yg seikhlas beliau..

“Sejak hujung2 PKP hari tu dia mmg x berapa sihat….jadi dia byk berehat di rumah….tapi saya selalu kerap berhubung bertanya khabar….

“2 hari sebelum dia masuk hospital,saya jumpa dia,saya nangis sebab tgk keadaan dia yg lemah…..bila tgk saya nangis dia terus buat ‘lawak’ mcm biasa supaya saya tak terus sedih…..

“Bila saya tgk ig dia x ada gambar lagi kecuali 3 posting terakhir tu saya rasa x sedap hati…saya diamkan dan saya tak tanya dia langsung tentang tu….

“Saya terus berhubung di telefon bg semangat supaya dia sihat…..sehinggalah suatu hari whatsapp saya tidak lagi dibalas dan saya tahu dia telah berada di icu…..Rezeki saya dapat melihat dia semalam dan sempat menitipkan kata2 buatnya….

“Masih tergiang2 kata2 mummy ( ibu gazi) …’Gazi sayang sangat kat datin’ kadang2 makcik saja usik dia pasal datin,marah dia,x boleh langsung cakap pasal datin)

“Dan akhirnya hari ni Muhammad Ghazali (ghazi) telah kembali kepada penciptanya.. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar…..

“Mudahan Allah ampunkan dosa2 nya….dilapangkan kan kuburnya,ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh,saya yakin arwah cukup bersedia…..kerana saya sangat mengenali dirinya yg sebenar….saya juga bakal menyusul,cuma berbeza waktu…

“Mari sama2 sedekahkan Al Fatihah (dibaca)buat Muhammad Ghazali B Mat Lawi”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on