[VIDEO] Sambut Birthday Sendirian, Naim Daniel Hadiahkan Lagu Baru Buat Peminat

Selebriti serba boleh, Naim Daniel telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada semlam, 9 September.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video meniup lilin dan memotong kek ulang tahunnya sendirian untuk tatapan peminatnya.

“09/09/2020 – Terima kasih atas doa-doa kalian pada hari lahir saya hari ini. Terima kasih berjuta. Semoga Allah memeluk kalian dengan contaNya sentiasa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Lebih istimewa lagi pada hari ulang tahunnya itu Naim turut memperdengarkan sedikit lagu terbarunya berjudul Purnama yang mula diputarkan di radio Hot FM pada malam tadi.

“Try buka radio Hot FM malam ni, kita saja nak bagi korang dengar lagu #purnamanaim hehe,” ujarnya lagi.

Meninjua di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan hari lahir pada juara Anugerah Juara Lagu ke-34 itu.

Bahkan, ada ramai juga yang berasa kasihan melihat Naim meraikan ulang tahunnya secara berseorangan.

“Happy birthday brother, murah rezeki selalu,” komen Luqman Faiz.

“Bukan birthday kau February haritu ke? Jangan menipu je keje kau eh,” usik Noh Salleh.

“Happy birthday, terus sukses dunia akhirat,” tulis Shuib Sepahtu.

“Happy birthday Naim, kesian sambut birthday sorang-sorang,” kata seorang wargamaya.

“Weh sama macam aku haritu lah, potong kek lepas tu makan kek sorang-sorang,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 220,000 tontonan daripada pengikutnya di laman Instagram.