[VIDEO] Tahniah Cik B Sah ‘Bergelar Isteri’, Netizen Lega Akhirnya Dua Hati Kini Bersatu

Semenjak 23 November lalu, kecoh la kononnya anak kepada usahawan terkenal, iaitu Cik B sedang menjalin cinta bersama dengan jejaka kacak putih melepak, Aniq Suhair. Walaupun ‘kisah cinta’ mereka itu menjadi bualan hangat tetapi ada juga yang tidak senang duduk dengan berita itu. Tapi jangan risau, ‘cinta’ mereka itu hanya la lakonan semata-mata begi memberikan [...]

Sejak 23 November lalu, kecoh la kononnya anak kepada usahawan terkenal, iaitu Cik B sedang menjalin cinta bersama dengan jejaka kacak putih melepak, Aniq Suhair.

Walaupun ‘kisah cinta’ mereka itu menjadi bualan hangat tetapi ada juga yang tidak senang duduk dengan berita itu.

Tapi jangan risau, ‘cinta’ mereka itu hanya la lakonan semata-mata begi memberikan feel di dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta lakonan mereka sendiri yang sudah menemui penamat pada 25 November yang lalu.

Lelaki Lingkungan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, dan Ismail Izzani.

Sebuah adaptasi longgar dari novel 2017 bertajuk sama karya Lily Haslina Nasir, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 bermula 21 Oktober 2020 menggantikan Kampung People 2.

Sinopsis Lelaki Lingkungan Cinta

Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul).

Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal.

Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Selepas berakhirnya drama tersebut, rata-rata netizen berasa lega hati kerana hubungan cinta itu hanya la rekaan semata-mata.

Maklum la, Cik B kan masih di bawah umur, mana boleh nak bercinta ni kan, marah Dato’ Sri Vida nanti kalau anak dia bercinta waktu masih bersekolah.

Netizen turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen posting video Instagram Cik B.

Tapi apa yang lagi kelakar ialah Cik B sempat lagi buat video TikTok dekat atas pelamin tu, siap tunjuk hand sign dia ya, geram je tengok Cik B dengan Aniq ni tau!

Agaknya apa la reaksi DSV bila tengok anak kesayangan dia ni duduk dekat atas pelamin tu ya?