[VIDEO] “Susu boleh jual, tapi botol tak..” Sebahagian Kedai Ditutup, Lana Nodin Luah Rasa Geram

Pelaksanaan PKP atau lockdown telah dikuatkuasa sejak awal Jun lalu dan banyak aktiviti telah dihadkan supaya penyebaran pandemik dapat diputuskan.

Walaubagaimanapun, bagi ada sesetengah masyarakat yang berpendapat ada beberapa urusan menyukarkan orang ramai seperi luahan yang dilakukan oleh pelakon Lana Nordin.

Pelakon ini telah memuat naik luahan hatinya dan juga satu video di laman Insgarram mengenai isu yang diketengahkan oleh pelakon itu.

Keperluan anak, bakeri dan barang elektrik tak boleh

“Alkohol, rokok yang dah tentu rosakkan kesihatan boleh pulak jual. Keperluan anak tak boleh, barang bakeri tak boleh, barang electrical tak boleh.”

“Habis kalau cable phone rosak atau phone rosak bukan kedai tak bukak tapi TAK BOLEH BELI nak beli online macam mane.”

Mengarut, tak semua barang boleh beli online

“Banyak mengarut dari menyenangkan, tak semua barang boleh beli online! Sepatutnya kedai dah bukak bagi je orang beli, ni ada yang boleh dan ada yang tak boleh.”

“Ada anak-anak tak pegi sekolah bagi la bahagian stationery bukak untuk anak boleh melukis ke atau apa-apa.”

Takkan pemadam 40 sen hilang nak beli online jugak

“Takkan kalau anak aku pemadam 40 sen hilang, nak kena beli online jugak.”

“Habis semalam lampu dapur terbakar bulb kena beli online jugak la walaupun datang belum tentu masa lagi.”

Takkan nak masak bawak lampu suluh

“Takkan nak masak bawak torch light dan jangan ada manusia yang konon positive thinking suruh aku masak bawak table light memang aku hempuk kuat kuat.”

“Habis ada barang-barang bakeri yang tak boleh beli online like Aluminum foil.”

Alkohol boleh pulak beli

“Kalau beli online datang semua kemek pasal tu orang nak beli on hand, tapi sampai-sampai kedai bukak tapi section close?? ALHOCOL boleh pulak beli.”

“Paling sedih certain kedai barang keperluan anak tak boleh jual, habis nak kena beli online kalau emergency puting budak koyak, botol pecah.”

“Memang tak masuk akal langsung!!! Siapa pernah jadi macam ni.”

Macam mana kalau phone tertinggal

“Tak bawak phone tertinggal sebab rushing lepas tu ada yang bawak data habis la or phone cable rosak atau phone rosak tak boleh on or memang tak guna smart phone langsung.”

“How nak masuk? Agaknya kalau ada orang yang tua-tua atau pakcik makcik yang sebatang kara.”

Sediakan buku untuk orang tulis

“Tak pakai smart phone rasanya boleh la suruh siapa buat my sejahtera tu belikan smart phone.”

Banyak orang tua tak pandai guna app sediakan la device for free atau buku untuk orang tulis.”

Tolonglah bertimbang rasa

“Please la be reasonable dari menyusahkan dan sememangnya sekarang pun susah nak buat apa.”

“At least bagi lah bukak semua section sebab tu je yang dapat orang beli.”

Tak semua orang pandai beli online

“Tak semua orang pandai beli online jugak terutama orang duduk kampung dan orang yang dah berusia.”

“Apa beza 2 jam bukak sampai jam 10 malam ke 8 malam saje. Apa Virus lebih aktif waktu malam. Pasal tu orang rushing nak beli barang sampai lupa bawak phone.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan.