Tular Video ‘Salah Parking’, Neeta Buat Laporan Polis

Penyanyi serta pengacara, Neeta Manishaa atau lebih dikenali sebagai Neeta Manis telah tampil membuat laporan polis bersama syarikat rakamannya.

Memetik perkongsian dari Kosmo, laporan polis itu dibuat apabila sebuah video telah tular di laman TiKTok yang dipercayai telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan.

Laporan polis dibuat berkenaan video salah parking

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh seorang lelaki di akaun tiktoknya beserta kapsyen ‘salah parking’ itu telah mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, lelaki berkenaan didakwa menunjukkan rakaman Neeta sedang membetulkan pakaiannya ketika program All Together Now Malaysia pada Ahad lalu.

Video itu memalukan dan menyentuh sensitiviti

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Bahagian Pemasaran Nar Record, Becky Zulkepli memberitahu keputusan laporan polis dilakukan kerana video tersebut telah menjatuhkan maruah pelantun lagu Ruang Mimpi itu sebagai seorang wanita.

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita.”

Niat atau tujuan individu berkenaan tidak dapat dipastikan

“Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat dipastikan.”

“Ini kerana usaha untuk menghubunginya gagal dan tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini,” katanya.

“Dia seolah-olah tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.”

Ia mengundang kecaman dan tohmahan terhadap Neeta 

“Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut.”

Ini kerana ia telah mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri,” ujarnya.

Terkilan kerana dilakukan oleh seorang pengamal media 

Sementara itu, Neeta dalam kenyataan sama mengakui sangat terkilan dengan tindakan individu terbabit.

“Terkilan kerana yang melakukannya ialah seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya dalam bidang ini.”

Laporan polis dibuat sebagai tanda peringatan

“Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas desakan pengurusan juga bukanlah ingin memperbesarkan isu atau mengadu domba.”

“Laporan polis ini sebagai tanda peringatan terhadap individu itu termasuklah semua netizen agar menggunakan media sosial dengan betul.”

“Bukannya untuk mengecam, memalukan dan membuli. Semua kesalahan ini tertakhluk di bawah Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menguarakan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Terdahulu, bekas peserta program Big Stage musim kedua itu meluahkan rasa kesal apabila seorang pengguna TikTok yang juga pengamal media memuat naik rakaman video memaparkan dia sedang membetulkan baju dipakainya dalam program All Together Now Malaysia yang disiarkan pada Ahad lalu.