[VIDEO] “Suka sangat ayam goreng!!” Gadis Ini Terima Hantaran Ayam KFC Dari Tunang

Zaman sekarang sudah menjadi trend untuk pasangan membuat majlis pertunangan dengan bermewah-mewah.

Malah ada yang sanggup mengikat perut dan berjimat semata-mata mahu mengeluarkan belanja yang besar pada majlis pertunangan.

Namun berbeza dengan gadis ini apabila majlis pertunangannya menjadi tular di laman Twitter.

Semuanya gara-gara tunangnya memberikan hantaran ayam KFC lengkap di dalam salah satu dulang.

Berikut adalah perkongsian dari Ayu.

Sebab aku suka sangattt ayam goreng! so yaaa untung dapat tunang yang memahami hahaha semorang gelak sbb kfc jadi hantaran

Doakan kitaorang kawentahun 2020 bertemakan mood klasik ya. lekas doa! hehe

Sebenarnya aku yg mintak yelah sbb makanan kan. biasa orang tunang bagi makanan, manisan.

Tinggal satu dulang je taktau nak bagi apa dia pun takde idea hahaha so apa lageyyyyyy tengok lah kfc jadi list paling last sekali.

Pastu nak dekat majlis aku tanya balik ok ke kfc tu dia cakap ok je. cuma risau sape nak pi beli nnt apa semua.

Aku cakaplah kalau susah takpe bagi lain je, dia pun senyap jeee tak ckp apa sampai lah dah majlis.

Aku tak expect dia letak sebagai hantaran jgk do hahaha ingatkan tak jadi. aku keluar je gi depan mata terus nampak box kfc pastu mulalah senyum2 kambing kat depan semorang. yg dorang dok ‘bau kfc lah bau kfc’ hahahah maluu


Tak penah ke orang buat ayam goreng jadi hantaran? tunang aku mula cam siyes ah nak letak kfc mana ada org buat hahaha! asalkan makanan kan bedal je

As long makanan,ala utk majlis tunang je pun hehe masuk perut pun kenyang. tapi tulahh ayam sejukkk dah hahahha tapi apedehal bedal je makan dgn family

Weh jangan sampai masuk pesbuk je dah lah. masyarakat di twitter lain di pesbuk lain gavsgshs 

 

Kakcik aku haritu sempat buat story hahaha. ok apa bagi ayam kan makanan jugaklah lepasni korang pun boleh buat. ayam goreng for lifeee!


Semoga hubungan di antara Ayu dan Fakih kekal hingga ke akhir hayat.