[VIDEO] Suka Makan Maggi, Gadis Ini Dapat Kek Hari Jadi Special

Tidak dinafikan, mi segera mempunyai tempatnya sendiri di dalam hati masyarakat. Manakan tidak, ramai yang gemar untuk makan mi segera yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti kari, asam laksa, tomyam malah ada juga perisa 3X pedas! fuhhh memang berapi mulut kalau makan.

Namun, pemakanan mi segera ini tidaklah begitu baik buat diri kita jika diambil selalu. Kalau sekali sekala teringin nak makan itu bolehlah.

Terbaru, tular sebuah video memaparkan sambutan hari jadi seorang anak gadis bersama keluarganya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang meriah menyambut hari ulang tahun anak gadis bertudung coklat dan berkaca mata itu.

Difahamkan, gadis berkenaan merupakan penggemar maggi dan telah ianya menyumbangkan idea kepada keluarga untuk membuat surprise yang unik dan rare!

Sedang asyik menyanyi lagu happy birthday, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa kononnya ‘kek’ untuk gadis itu.

Namun apa yang mengundang dekah ramai apabila kek itu diperbuat daripada maggie yang disusun rapi sambil diletakkan lilin di atasnya.

Bukan itu sahaja, kek maggi tersebut juga dilihat ‘multi purpose’ apabila ianya iap boleh menarik duit keluar.

Video yang tular di TikTok:

@abdulcicis Birthday girlnya suka makan maggi #foryoupage #fyp ♬ Oh No – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 213.9K tontonan, 32.6K tanda suka, 759 komen dan 968 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ters=hibur dengan gelgat keluarganya yang sporting menyakat anak gadis tersebut. Dalam pada masa yang sama, ramai juga para netizen yang ingin mencuba idea tersebut untuk dijadikan suprise kepada kenalan yang gemar makan mi segera.

“boleh buat dekat adik aku ni”

“aku harap family aku tak jumpa video ni.. boleh jadi inspirasi..”

“sebulan tak habis makan ni”


“dah lah kek maggi dapat pulak duit jutaria”

“dua prank dalam satu masa”

Boleh la try idea ni untuk kenalan yang suka makan maggi! Penggemar maggi dah boleh standby ye! hehehe