[VIDEO] Suami Tiga Kali Strok, Luahan Louisa Chong Sayu Jejak Kaki di Tanah Suci

Kelibat pelakon dan pelawak, Louisa Chong sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen. Namun baru-baru ini, beliau berkongsi perjalanan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci menerusi sebuah video di Youtube. Menurut Louisa atau nama Islamnya Louisa Alissa Chong Abdullah, beliau sebak memikirkan keadaan suaminya Hamid Samad yang menghidap tiga angin ahmar sehingga koma. Wanita berusia [...]

Sudah lama kelibat pelakon popular berbangsa Cina, Louisa Chong tidak kelihatan di kaca televisyen.

Kalau dahulu, Luisa sering membintangi drama-drama komedi dan kekeluargaan Melayu meskipun beliau berketurunan Cina.

Walaubagaimanapun, menerusi perkongsian di Youtube, Louisa Chong berkongsi pengalaman dan saat manis semasa beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Bukan minta simpati

Menurutnya, bukan mahu meminta simpati tetapi cuma mahu berkongsi dan berharap mereka di luar sana yang menghadapi kesukaran sepertinya dapat mengharungi dengan tabah.

“Saya tak tahu nak cerita sebab kalau artis bercerita orang akan kata saya nak mintak simpati tetapi saya bukan mahu mereka kesian dengan saya”.

“Saya cuma mahu berkongsi dan saya harap jika ada sesiapa yang melalui kesukaran seperti saya boleh berjaya melaluinya dengan tabah.”

Malah Louisa menyatakan dirinya bukanlah seorang alim tetapi beliau mampu redha dengan ujian Allah.

“Saya bukan lah alim saya hanya seorang yang convert masuk islam sahaja, tetapi saya berjaya untuk redha dengan ujian Allah”

“Saya tidak pernah berputus asa, jujur saya katakan kalau Allah hendak mengambil suami saya ketika itu saya redha”

Louisa mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga dalam penuh emosi kerana berkat doa dan kesabaran beliau Allah perkenan doa.

Suami koma beransur pulih

Louisa menceritakan di mana suaminya yang koma sudah beransur pulih dan sudah boleh berjalan dan jejakkan kaki ke tanah suci.

Katanya kepercayaan kepada Allah dalam apa jua keadaan membuatnya tidak pernah berputus asa.

“Kepercayaan kepada Allah, dalam apa jua keadaan dan cabaran yang Allah beri,kita akan sentiasa di Uji, tidak kira bertapa kita susah atau sedih kita mesti ingat kepercayaan kepada Allah.”

“Saya tidak pernah putus asa saya sentiasa redha dengan ujian Allah kerana saya tahu Allah sayangkan saya”

“Saya terima ujian Allah, saya terima pengajaran dan juga cabaran dari Allah”

Malah, suaminya pernah menghidap angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum beransur pulih.

Perjalanan Umrah Muallaf Selebriti Madam Lousia Chong  

Sudah lama masuk Islam

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana baru mengetahui Louisa Chong sudah menjadi seorang Muslimah.

Namun ada komen yang mengatakan sebenarnya beliau sudah lama menjadi muallaf.