[VIDEO] “Suami jenis apa ni?” Isteri Sakit Nak Beranak, Suami Selamba Main Handphone

Melahirkan bayi buat suami tercinta bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selain terpaksa menahan kesakitan berjam-jam, ibu juga berisiko kehilangan nyawa.

Setiap wanita bergelar isteri dan ibu sanggup menahan kesakitan sewaktu melahirkan bayi. Sehingga ada yang ‘pergi’ buat selama-lamanya akibat komplikasi bersalin yang begitu teruk.

Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri selepas 9 bulan 10 hari mengandung.

Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.

Namun pun begitu, masih terdapat sesetengah suami yang seperti tidak kisah dan memahami betapa sakitnya para isteri mereka melalui detik itu.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini di applikasi TikTok @Raimah344 dimana suaminya hanya buat endah tak endah sahaja sewaktu dia berdepan dengan detik-detik melahirkan.

Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, kelihatan seorang wanita yang sedang sarat hamil seperti sedang menahan kesakitan contraction berdasarkan gerak geri badannya.

Walau bagaimanapun, tindakan suaminya mendapat perhatian ramai apabila dilihat seperti tidak kisah mengenai keadaan isterinya dan tidak cuba untuk membantu menenangkan si isteri yang berada di hadapannya.

Apa yang lebih mengecewakan, si suami lebih fokus memandang skrin telefon bimbitnya sambil memegang tangan isterinya.

Wanita berkenaan dilihat hanya mampu memegang kaki suaminya seolah mencari kekuatan untuk menahan kesakitan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 83.1k tontonan, 2542 tanda suka dan 494 komen.

Rata-rata netizen berang dengan sikap suaminya yang dilihat seperti tidak prihatin akan keadaan isterinya dan ada juga sebilangan netizen yang menyifatkan wanita itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Video tular di laman Tiktok

@raimah344♬ suara asli – slalu tersakiti

Ruangan komen dibanjiri dengan rasa kekecewaan netizen terhadap lelaki tersebut malah ada juga netizen yang mengakui dia juga pernah merasakan perkara yang sama sewaktu ingin melahirkan.

Ini antara komen-komen panas warga netizen:

“Kalau aku jadi isterinya aku buang handphone tu”

“Geram pula tengok suami macam ni, tahniah sis awak memang sabar, kalau aku tak ada makna nya nak sesabar tu”