[VIDEO] “Sting aku yahuu..” Semakin Diminati Ramai, Jacky Luang Masa Shopping Baju Baru

Saluran Youtube semakin diminati ramai dan kini medium ini menjadi salah satu sumber pendapatan bagi Youtuber samada di dalam dan luar negara.

Ramai Youtuber mencuba nasib melalui pelbagai video yang dikongsikan di saluran ini bersama orang ramai.

Aksi spontan seorang lelaki istimewa

Salah seorang Youtuber yang mula dikenali dan menjadi buah mulut orang ramai adalah aksi spontan seorang lelaki istimewa.

Selepas video membuat review makanan dan menemubual orang awam, seorang lelaki istimewa yang dikenali sebagai Jacky TV sentiasa menjadi perhatian warganet.

‘Sting aku yahuuu’

Aksi spontan lelaki istimewa itu yang popular dengan ayat ‘sting aku yahuuu’ itu membeli belah bersama rakan-rakannya yang juga merupakan tulang belakang bagi menghasilkan video di saluran Youtube mereka.

Menerusi laman Twitter, perkara tersebut dikongsi team mereka dengan memuat naik beberapa keping gambar Jacky ketika berada di sebuah butik pakaian.

Selesai belikan pakaian baru dengan Jacky

“Selesai belikan pakaian baru untuk Jacky. Terima kasih semua atas 100 ribu subscriber di YouTube,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Difahamkan, posting tersebut diulang kicau lebih 1,000 kali dan mendapat 2,300 tanda suka.

Jacky sebelum ini mencari rezeki sebagai penghibur jalanan

Malah, rata-rata netizen turut menghargai usaha team mereka dalam menghasilkan pelbagai lagi video yang menarik.

Difahamkan, Jacky agak dikenali dalam kalangan warga Kuantan, Pahang dimana pada asalnya dia mencari rezeki sebagai penghibur jalanan.