Muka Bengkak Bukan Disengat Tebuan Atau Suntikan Vitamin, Syafiq Farhain Jelaskan Kesan Dari Rawatan Tanam Rambut

Syafiq Farhain atau nama sebenar beliau Nursyafiq Farhain bin A.M Salim yang merupakan seorang ahli bomba dan penyanyi Malaysia.

Apa yang menarik, beliau merupakan anak ke-empat Allahyarham Saleem bersama bekas isteri Allayarham, Ita @ Juwita.

 

View this post on Instagram

 

Same tak ? 😆 #SelamatHariBapaAbah

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

Wajah Syafiq Farhain bengkak

Menerusi perkongsian foto terbaharu penyanyi itu di laman Instagram yang memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengkak menarik perhatian umum.

Menurut Syafiq  26, ramai rakan yang bimbang dengan keadaannya dan menyangka dia digigit tebuan.

Ada yang ingat saya digigit tebuan atau buat suntikan vitamin pada wajah

Walaubagaimanapun, Syafiq menjelaskan ia disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.

 

View this post on Instagram

 

New me , on ke tk onsss ? 😝

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya,” lapor mStar.

“Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah”.

Ia kesan suntikan bius 

“Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut”.

“Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bengkak beberapa hari”.

Saya ambil langkah awal tanam rambut

“Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk”.

“Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut,” ujar Syafiq lagi.

 

View this post on Instagram

 

Rehat jap, penat la berlari kejar hati awak 😚 #ASICSMY #Novablast @asicsmalaysia

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

Ia tidak melanggar hukum Islam

Malah, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini memberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan tersebut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.

Jelas Syafiq, apa yang dilakukannya itu tidak melanggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.

Perancangan tanam rambut sejak tahun lalu

“Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai” ujar penyanyi ini”.

“Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang”.

 

View this post on Instagram

 

Jangan tengok lama-lama🤍 @zeveshoes

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

Rambut memberikan satu keyakinan

“Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan”.

“Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.