[VIDEO] Solat Isyak di Masjid Puncak Alam Tidak Sah, Perlu Diganti

Satu video solat Isyak di sebuah masjid di Puncak Alam telah menjadi tular di laman sosial Facebook.

Solat Isyak yang dilaksanakan pada malam Isnin lalu di Masjid Bandar Puncak Alamadalah tidak sah.

Maka semua orang yang bersolat bersama imam tersebut pada malam itu perlu diganti semula.

Kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai solat itu, kata Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam Fadli Mohd Yusuf.

Pihaknya kemudian terus merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya ketika kejadian imam tidak membaca sepotong ayat di dalam surah Al Fatihah.

“Ketika kejadian, imam solat tidak membaca salah satu ayat di dalam surah al-Fatihah dan solat itu diteruskan sehingga selesai.

“Sejurus itu, ahli kariah bertanyakan kepada pihak masjid sama ada solat itu sah atau perlu diqada semula,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman video solat berkenaan di media sosial yang menyatakan mana-mana individu yang menjadi makmum ketika solat Isyak berkenaan untuk mengqada semula solat berkenaan.

Rakaman terbabit turut jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah Al-Fatihah.

Rukun solat adalah perlu membaca Al-Fatihah dengan tertib, maka mereka perlu menggantikan solat berkenaan, menurut Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Mufti juga memberikan contoh situasi berlaku ketika khutbah Jumaat suatu ketika dulu

“Beliau (Mufti) memberi contoh situasi yang berlaku ketika khutbah Jumaat suatu ketika dulu ketika khatib terlepas membaca ‘Ittaqullah’.

“Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar semua yang bersolat Isyak pada malam itu perlu diqada semula,” katanya

jadi jika anda salah seorang makmum yang berada pada malam tersebut, silakanlah menggantikan solat anda.