[VIDEO] “Ini baby Hajah saya” Berusia Sehari, Datin Shahida Dedah Wajah Anak

Pasangan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Shahida baru saja menimang cahaya mata kelima pada petang semalam.

Menerusi akaun Instagram, Aliff Syukri berkongsi berita gembira tersebut dan para pengikutnya boleh melihat wajah anak kelimanya menerusi laman Youtube.

Aliff dan isteri membuat video muzik khas bagi anak kelima mereka dengan hashtag #harumansyurga.

“Anak saya ini tiada akaun Instagram tolong berhati hati kepada mereka yang mengambil kesempatan.. 2.8kg sahaja.. tak cukup hari pagi anak abah dah nak keluar… anak abah paling kecil lahir..paling cepat menangis, paling besar mataya ..”

“Siapa yang nak tengok muka saya anak abah yang paling comel ini korang boleh buka dekat YouTube tv Telajak laris 03:00 petang ..”

“#harumansyurga lagu Ini abah ciptakan untuk mereka yang mempunyai bakal cahaya mata yang akan menyinari kehidupan korang untuk lebih bahagia semoga korang gembira dengan video yang kami buat sendiri ini.. ”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Malah DS Shahida juga berkongsi pengalamannya bersalin anak kelima menerusi laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum baby hajah mama!!! Kawan mama dalam perut masa pergi haji hari tu!! lahir semalam 19/12/19 (Aura 19 tu Masya Allah)

“Alhamdulillah dah selamat bersalin petang semalam…37 minggu tepat2…..asalnya nak datang checkup biasa je tapi bila Dr cek tgk dah ada bukaan……terus la masuk wad…..terima kasih pada yg mendoakan saya…

“Pukul 3 petang nanti saya akan posting music video lagu ‘Haruman Syurga’ boleh tgk full video dari sebelum masuk labour room sampai la keluar dan muka baby sekali ya Pukul 3 petang di Youtube Channel TV Terlajak Laris!

“Lepas tu nak bgtau kami belum buat sebarang acc Instagram utk baby baru ni..yg ada tu fake acc sahaja ya…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Video anak kelima Aliff Syukri dan Nur Shahida