[VIDEO] Hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah Bergelar Isteri Pilot

Pelakon terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 malam tadi.

Dengan sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media, lapor Gempak.

Amirul dan Farah telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pada majlis itu, pasangan pengantin tersebut memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Rizman Ruzaini serta solekan oleh Khir Khalid.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu manakala majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember.

Mmajlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari 2020.

Video pernikahan Farah Nabilah

Sebelum ini, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Tahniah buat Farah dan suami, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.