[VIDEO] Setia Di Sisi Shuib, Rahim Pakai Sut PPE Bantu Urus Jenazah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Semenjak pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini ramai orang tidak putus-putus mendoakan arwah dan memberi ucapan takziah kepada Shuib di laman sosial.

Bukan itu sahaja, rakan karib dan keluarga terdekat banyak memberi pertolongan dan kata-kata semangat kepada Shuib agar terus kuat dan tabah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2)

Pemergian arwah Siti Sarah Raisuddin sangat memberi kesan dan dicemburui ramai para wanita di luar sana kerana pemergiannya seperti seorang bidadari.

Lebih menarik perhatian warga net, apabila terlihat susuk badan seorang rakan seperjuangan Shuib iaitu Rahim Sepahtu memakai sut PPE bersama- sama dengan Shuib semasa pengebumian Allahyarham Siti Sarah.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian kepada Rahim kerana beliau bukan sahaja memberi kata semangat malah sanggup menawarkan diri menemani rakan baiknya itu mengurus jenazah isterinya.

Tambahan pula, sikap Rahim itu dijadikan contoh seorang rakan yang baik dan mencerminkan nilai persahabatan yang tinggi kerana bukan sahaja ada diwaktu senang malah disaat rakannya susah.

Rahim juga ada berkongsi satu posting di akaun Instagram rasminya dengan menzahirkan kata-kata semangat kepada sahabat baiknya itu supaya terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang tersayang.

‘Percaya atau tidak, kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan itu akan silih berganti. Sekuat mana pun kau jaga, yang pergi tetap pergi.

Terkadang pertemuan & perpisahan terjadi terlalu cepat tapi percayalah kenangan dan perasaan kekal selamanya.

Beberapa orang akan pergi dalam hidup mu tapi bukan bererti kisah mu berakhir, yang berakhir hanyalah bahagian mereka dalam kisah hidup mu.

Hanya yang benar2 meninggalkan jejak dihatimu akan benar2 kekal diingatan mu. Semoga kau terus tabah @shuibsepahtu’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2)

Warga maya yang melihat perkongsian tersebut telah memuji tindakan yang ditunjukkan oleh Rahim itu kerana beliau sudah berjaya menjadi rakan yang baik buat Shuib.

Video tular di laman Tiktok

@shahrulazwa7Respect giler kat bro rahimsepahtu ni,sama2 memakai PPE urus jenazah isteri sahabat baik,##respect ##fyp♬ original sound – ❤️ #769 ❤️