[VIDEO] Selalu Buat Hal Atas Highway, Terbaru Bawa Basikal Masuk Dalam Kafe Pula

Sejak kebelakangan ini, geng basikal sentiasa menjadi tular di media sosial gara-gara bertindak ‘sesuka hati’ dalam jumlah kumpulan yang ramai. Situasi begitu juga boleh dikaitan dengan video di laman Twitter ini yang memaparkan dua pengayuh membawa basikal mereka masuk ke dalam sebuah kafe. Bakal pelumba basikal negara Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 [...]

Sejak akhir-akhir ini, geng basikal sentiasa menjadi tular di media sosial gara-gara bertindak ‘sesuka hati’ dalam jumlah kumpulan yang ramai.

Situasi begitu juga boleh dikaitan dengan video di laman Twitter ini yang memaparkan dua pengayuh membawa basikal mereka masuk ke dalam sebuah kafe.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat itu memaparkan dua individu berkenaan membawa masuk basikal masing-masing sebelum dipandang serong oleh pengunjung dalam kafe tersebut.

Tidak dapat dipastikan apa tujuan mereka, namun sudah semestinya basikal itu dibeli dengan harga mahal yang tidak boleh dibiarkan di luar kafe ataupun hilang dari pandangan mereka.

Berikutan itu, posting dikongsi pengguna @amar_zulkifly itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet dengan menyifatkan geng basikal ini tiada ‘common sense’.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan kejadian tersebut yang dilihat seolah-olah golongan ini semakin kurang ajar.

“Jenis beli beskal 30k pakai loan gini la . len kali bli basikal tua, tinggal tepi pakai manggasolex pun orang tak kopak. wkwkwkw”

Makan kedai tepi jalan atau yang open-air jelah kalau dah tahu bawa basikal benda macam ni pun tak reti nak fikir ke diorang ni”

“Habis, lepasni pemilk restorn kena fikir mana nak beli sticker ‘no bicycle’ nak lekat d pintu restoran Pening jugk kemntrian kena gubal akta sbb nak didik golongan ni ber’common sense’ di jalan & tempat awam cam restorn. Pelik kata T20 overseas educated,keja hebat2 otak kt mana”

“Kecik2 tak merasa main basikal dah tua2 bodoh pegi letak sampai dalam restoran”

“Cyclists ni ingat depa myvi ke nak buat macam ni? Sorry la, myvi tu helang, korang tu pipit je. Sedar diri sikit”