[VIDEO] “Sekiranya mampu bayar 2500 sebulan ambillah kereta ini” Penerangan Panjang Lebar Ali Puteh Isu Dakwaan Isteri Abam

Dari semalam lagi, satu isu yang melibatkan antara Ali Puteh dan juga isteri Allahyarham Abam masih belum selesai.

Semuanya berpunca dari satu temubual Aliff Syukri dan produksi videonya bersama keluarga isteri Allahyarham Abam Bocey.

Disebabkan itu, Ali telah memuat naik status di laman Instagram miliknya ditujukan kepada kakak iparnya itu.

Tulisannya agak keras dan telah pun dipadam oleh Ali.

Namun begitu, ramai netizen masih tidak berpuas hati dan terus meninggalkan komen di laman Instagram Ali.

Menerusi satu perkongsian video oleh Facebook Ria X, Ali telah menjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Menurut Ali, isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun dibincangkan bersama-sama isteri Allahyarham Abam.

Isu kereta, dompet dan keluar rumah

Di antaranya adalah berkaitan kereta di mana Allahyarham mempunyai dua buah kereta iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu adalah isu dompet Allahyarham yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Mengulas isu keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali memberitahu itu adalah keputusan isteri Allahyarham sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari ke enam Allahyarham ‘pergi’.

Malah menurut Ali lagi, anak ALlahyarham telah dibawa ke klini menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang didakwa.

Penjelasan penuh Ali Puteh di dalam video di bawah.

Sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan dari pihak isteri Allahyarham Abam berkenaan isu ini.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin minggu lepas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lapan bulan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.