“Bila di’binatang’kan & dituduh kejar harta, geram juga..” Luahan Sepupu Isteri Abam

Sejak semalam, satu isu pertelingkahan di antara Ali Puteh dan juga Aliff Syukri masih belum selesai.

Semuanya berpunca dari satu temubual Aliff Syukri dan produksi videonya bersama keluarga isteri Allahyarham Abam Bocey.

Disebabkan itu, Ali telah memuat naik status di laman Instagram miliknya ditujukan kepada kakak iparnya itu.

Tulisannya agak keras dan telah pun dipadam oleh Ali.

Namun begitu, ramai netizen masih tidak berpuas hati dan terus meninggalkan komen di laman Instagram Ali.

Tidak ketinggalan seorang pengguna Twitter, Akhi Fairuz yang mendakwa sepupu kepada isteri Allahyarham telah mengeluarkan satu kenyataan.

“Balu Allahyarham Abam tu sepupu saya. Bila di’binatang’kan & dituduh kejar harta, geram juga dibuatnya!”

“Betul, tindakan Aliff Syukri melampau, tapi tindakan Ali Puteh ‘menghentam’ kakak iparnya sendiri lebih melampau!”

“Deleted? Damage is done bro! Selesaikanlah segera ya.”

Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan terbaru daripada Ali Puteh berkenaan isu ini.

Aliff Syukri menerusi Instagram menyatakan beliau tidak faham dengan apa yang berlaku dan menurutnya beliau hanya memberikan bantuan kepada balu.

“Sy tak faham…. sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka… dan smua soalan sy dah di setujui oleh mereka bkn i suka2 tanya (harap maklum jgn cakap i x jaga sensitviti org)”

“Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg. tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas.. memang i bantu smua org…kalau nak bincng baik2 i ok jerrr… kenapa mcm nak gaduhh??”

“Good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar…sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan”

“Kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya..”