[VIDEO] “Sekampung terancam jadi pembawa” Pesakit Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Keluarga Bawa Jenazah Balik

Tak dinafikan memang perit tapi tolong lah jaga emosi dan jangan sampai memudaratkan diri seseorang, ngeri rasanya bila tengok video ini. Video di mana keluarga pesakit positif Covid-19 yang telah meninggal dunia mengamuk dengan pihak hospital untuk bawa balik jenazah ‘orang rumahnya.’ Lelaki yang dikatakan suami kepada jenazah itu mengamuk nak bawa balik dan kebumikan [...]

Kes berkaitan COVID-19 di Indonesia dijangkakan sekurang-kurangnya 11,000 hingga 71,000 sebelum sambutan Aidilfitri.

Sehingga kini sebanyak 58 kes kematian dilaporkan di Indonesia kerana wabak COVID-19.

Memang susah untuk menerima kenyataan apabila orang tersayang pergi secara tiba-tiba namun kita perlu berfikir dengan waras agar tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Satu video tular di mana keluarga pesakit positif Covid-19 yang telah meninggal dunia mengamuk dengan pihak hospital untuk bawa balik jenazah ‘orang rumahnya.’

Lelaki yang dikatakan suami kepada jenazah itu mengamuk nak bawa balik dan kebumikan sendiri.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat plastik yang dibungkus di badan mayat telah dibuka, dan orang ramai yang berkumpul dan mencium jenazah tersebut.

Menurut laporan Kompas, insiden ini berlaku di Sulawesi Indonesia pada 23 Mac yang lepas.

Ahli keluarga dikatakan mengamuk dan telah bertekad untuk makamkan sendiri jenazah.

Malah, mayat yang telah berbungkus itu dibawa dengan kereta sendiri dan dibuka.

Di antara alasan keluarga bawa balik jenazah itu ialah mereka mahu menatap wajah jenazah buat kali terakhir.

Akibat perbuatan itu, satu kampung di kawasan itu kini telah menjadi ancaman pembawa virus COVID-19.

Video yang dikongsikan itu kini menjadi viral dan mengundang kecaman dan kebimbangan masyarakat setempat.

Mengikut pengiraan kumpulan pengkaji itu, Indonesia dijangka berdepan peningkatan mendadak sebanyak 71,000 kes Covid-19 menjelang penghujung April ini.

Mereka turut merujuk kes COVID-19 membabitkan dua negara dengan kematian tertinggi iaitu Itali mencatatkan pertambahan berganda dalam jangka masa lima hari, manakala Iran pula dalam tempoh tujuh hari.