[VIDEO] “Saya x propa bila saya kata anak memang ada pakai baju RM10” Zizie Ezette

Sebelum ini telah tular mengenai pelakon Datin Seri Zizie Ezette memberitahu beliau turut membeli baju berharga RM10 untuk anak-anaknya asalkan baju itu kelihatan cantik dan kemas.

Hari ini menerusi laman sosial Instagram beliau, satu gambar telah dikongsikan oleh beliau yang mana gambar tersebut telah diambil di salah sebuah pusat membeli-belah.

Bukti pelakon ini membeli pakaian anak-anaknya berharga RM10

Gambar itu adalah gambar baju kanak-kanak yang berharga RM10 ringgit sebagai bukti pelakon cantik itu turut membeli baju berharga RM10 ringgit untuk anak-anaknya.

Menurut Datin Seri Zizie, 41, berkata, apa yang dikongsikan menerusi laman sosial berkaitan pakaian anak-anaknya adalah benar dan tidak direka-reka.

“So guys, I just want to share with u kedai murah yang I belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post-post saya di IG sebelum ni”.

Saya tak propa memang anak-anak ada pakai baju rm10

“Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah rm10!!!. Saya x propa tau bila saya kata anak-anak memang ada pakai baju rm10”. ujarnya menerusi Instagram miliknya.

Beliau berbuat demikian setelah perkongsiannya mengenai baju yang dipakai anak-anaknya dibeli dengan harga RM10 mendapat perhatian ramai.

Ujar beliau lagi, dalam keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini serta tanggungan yang semakin besar membuatkan beliau sebagai ibu perlu bijak dalam berbelanja.

Beliau perlu bijak berjimat-cermat untuk kegunaan perkara yang lebih penting dan pastinya keutamaan diberikan kepada persekolahan anak-anaknya.

Janji nampak rapi dan kemas

“Biarpun baju tak mahal, tiada brand sekalipun, janji nampak rapi dan kemas”.

“Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli jika cantik. Anak-anak cepat membesar dan ekonomi sekarang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan mereka,” ujarnya kepada Mstar.

Rata-rata netizen bersetuju dan turut memuji sikap rendah diri yang ditunjukkan olehnya. Beliau merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Moktar Radin.

Sebelum ini Datin Seri Zizie telah mendirikan rumahtangga dengan Bung Mokhtar pada 2009.

Kemudian, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.