[VIDEO] “Saya nak semua orang mampu beli” Peminat Terkejut Tudung Fazura Murah

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan usahawan pasti menginginkan keuntungan semata untuk meraih kejayaan.

Namun, tidak untuk selebriti dan usahawan jelita Nur Fazura kerana beliau bukan sahaja cantik malah mempunyai hati yang nurani untuk membantu wanita di luar sana.

Baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura sekali lagi telah melancarkan koleksi tudung bawal terbaharu yang bermotifkan corak bunga sehingga mendapat sambutan hangat serta diborong ramai pelanggan.

Lebih mengejutkan netizen apabila beliau menjual tudung dengan harga yang murah.

Fazura berkata, dia memasang niat untuk menjual tudung yang mampu dimiliki oleh semua wanita di luar sana.

Itulah yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, semua tudung yang dijualnya berharga bawah RM50.

Menerusi video yang tular, Fazura menjelaskan dalam sesi siaran langsung Instagramnya baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mahal kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya.

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya.

“Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menafikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.

“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Pisau Cukur itu turut memberitahu harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

Video tular di Twitter

Dikatakan beliau memilih aangka 27 kerana ia merupakan nombor yang belia suka dan itu adalah tarikh ulang tahun kelahiran dirinya serta tarikh dia dilamar oleh Fattah Amin.