Siti Nordiana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta & Mohon Maaf Di Media

Dikhabarkan bahawa kemelut antara Siti Nordiana bersama Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu memasuki episod baru apabila Nana menuntut permohonan maaf daripada 5 sekawan itu menerusi media sosial serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Jumlah tuntutan bernilai RM2.5 Juta!

Namun, terdapat tiga lagi indivdiu lain yang turut didakwa ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan telah pun menerima writ saman dan pernyataan tuntut.

Terdahulu, tiga individu tersebut dituntut untuk membayar RM200,000 setiap seorang serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Akan tetapi, kesemuanya gagal melaksanakan pperkara itu dalam tempoh yang diberikan.

Siti Nordiana menjelaskan lagi, jika tiada sebarang permohonan maaf dalam tempoh yang dinyatakan, beliau akan tetap meneruskan saman terhadap individu berkenaan.

Alan Razak iaitu peguam yang mewakili Lan Solo, Syura dan tiga tiga lagi individu terbabit turut memberitahu, Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi tuntutan tersebut.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara vitrual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.”

“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya lagi.

Untuk rekod, kes ini tercetus menjadi kontroversi apabila penyanyi Lan Solo dan Syura telah membuat pendedahan mengejutkan berkenaan konflik yang berlaku diantara mereka berdua dengan Siti Nordiana di Ig live pada 20 Julai lalu.

Menerusi Ig Live tersebut ada diantara mereka berlima mengakui terkilan dengan Siti Nordiana kerana beliau sering mengungkit soal bayaran makanan.

Manakala, Syura dan pengurusnya Anas pula mendakwanya dirinya telah dimalukan oleh Nana sehingga ada pihak produksi yang enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sementara itu, rata-rata netizen berang dengan pendedahan yang dilakukan di Ig live berkenaan kerana dikira membuka aib dan dilabel ‘kawan makan kawan’ secara umum.