[VIDEO] “Saya betul-betul kecewa..” Elizabeth Tan Menangis-nangis Silap Jual Baju Jenama Sendiri Tanpa Label

Elizabeth Tan antara penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri. Tarikan penyanyi ini adalah terserlah apabila beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, penyanyi ini memuat naik video meluahkan rasa terkilan berkaitan baju yang dijual olehnya.

Tiada label pada baju jenamanya

Beliau kesal dengan kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya kerana gagal melakukan semakan kualiti sebelum menghantar kepada pembeli.

Menurut Elizabeth, ketiadaan label jenamanya adalah kecuaian besar memandangkan dia mengeluarkan modal yang tinggi dalam memastikan pakaian jenamanya memenuhi standard.

Saya betul-betul kecewa 

“Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag”.

“Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak, modal saya bukan sikit,” katanya.

Menerusi video tersebut, Elizabeth dilihat tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi perkara itu.

Saya tak nak menangis

Beliau turut memberitahu pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh memohon kepada pihak pihak laman e-dagang yang menjual bajunya.

Selain itu, Elizabeth turut memohon maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul disebabkan terlalu mempercayai pihak lain.

“Saya tak nak menangis, saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan”.

Terima kasih kerana menyokong saya

“Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain”.

“Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai komen dari netizen yang berharap penyanyi lagu Knock Knock itu bersabar dengan apa yang terjadi.

Malah, ada yang berpendapat penyanyi ini perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut.

Semoga apa yang terjadi kepada Elizabeth Tan ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang urusan.