“Unik nama anak!” Selepas Seminggu Bersalin, Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas

Pelakon Farah Nabilah Saipuddin semalam telah berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.

Setelah hampir seminggu selamat melahirkan, Farah berkongsi nama itu menerusi perkongsian di laman Instagram.

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

👶🏻My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul ( yes , all those food I’ve ordered through mommy’s womb service went to my cheeks 😛 )

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Farah berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya, semalam.

Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.

“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.

Terdahulu, pemilik nama penuh Farah Nabilah Saipuddin ini memberitahu status sebagai seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah satu penyebab dia mula menceburi bidang perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Biarpun kini seronok menguruskan perniagaan tersebut namun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan.

“Apabila dah kahwin ini, banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki dikurniakan anak pun datang awal.

“Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab itu saya fikir, lebih baik saya upgade diri saya dan lakukan sesuatu sebab daripada dulu hanya berlakon saja.

“Saya seorang yang mementingkan keluarga… jadi kalau boleh saya nak duduk rumah dan buat bisnes. Sekurang-kurangnya apabila ada perniagaan sendiri, saya boleh uruskan dari rumah juga.

“Kalau berlakon pun mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian tapi apa pun saya tetap akan cuba bahagikan sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan,” kata Farah.

Pada Jun lalu, Farah berkongsi berita gembira bahawa dia sedang hamil lima bulan dan berasa teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

Menerusi laporan media sebelum ini, Farah berkata dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang tempoh awal trismester pertama.

Farah telah mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.