[VIDEO] “Saya akan samann Aliff Syukri RM1 Bilion” – Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary

Semalam, satu sidang media oleh usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri terkenal telah berlangsung untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Datuk Seri Aliff Syukri telah membuat permohonan maaf secara terbuka apabila menjadi punca kemelut harta peninggalan Allahyarham Abam.

Saya memohon maaf, Datuk Seri Aliff Syukri

Menurut beliau, dia tidak berniat untuk mengambil kesempatan terhadap pertelingkahan adik Allahyarham Abam, Ali Puteh dan balu Nor Hidayah.

“Saya memohon maaf sebab tidak ingin perkara ini diperbesarkan, saya hanya insan yang kerdil yang tersepit dan tidak tahu apa sebenarnya isu ini”.

“Tak patut Ali kata saya perlu bertaubat dan tuduh saya punca korang bergaduh padahal korang sudah ada konflik dah lama,” ujarnya beliau lagi.

Saya tidak mengambil kesempatan, ini ibarat penghinaan buat saya

“Istilah saya mengambil kesempatan, mengaut keuntungan sebenarnya tidak betul. Perkara ini ibarat penghinaan buat saya,” .

Pada masa yang sama, pengasas kosmetik ini ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Beliau berbuat demikian kerana Ustaz Abu Syafiq didakwa telah memuat naik status memfitnah terhadap produk keluaran beliau.

Jangan tuduh barang saya haram dan saya tiada kelulusan

Ujar beliau lagi, tindakan ustaz berkenaan yang menuduh produk Aliff Syukri sebagai haram dan tidak ada kelulusan telah menjatuhkan reputasi perniagaannya.

“Kalau awak nak kata saya belut elektrik saya tak kisah, yang penting saya pakai jam berapa ratus ribu, kasut saya RM5,000, seluar dalam saya RM3,000″.

“Tapi jangan tuduh barang saya haram atau kata saya tiada kelulusan. Awak bukan tuhan nak hukum saya haram,” kata beliau lagi.

“Ingat saya keluarkan produk ini senang-senang ke? Kalau tak ada kelulusan, tak boleh keluar televisyen”.

Saya tuntut permohonan maaf dari Ustaz

“Saya tuntut permohonan maaf daripada ustaz yang melampau-lampau memfitnah saya di laman sosial. Saya tertekan dengan ustaz ni,” ujar beliau dalam satu sidang media.

Individu tersebut dikatakan turut mempersoalkan tindakan Aliff yang dikatakan seolah-olah cuba mengaut keuntungan hasil daripada kandungan Youtube dengan cara yang salah.

Saya akan saman Datuk Seri Aliff Syukri 1 Billion ringgit

Namun begitu, pertelingkahan ini telah berlarutan dan individu yang dikatakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri didakwa turut mahu menyaman usahawan kosmetik itu dengan jumlah yang sangat besar.

“1 billion ringgit Malaysia saya akan saman Datuk Seri Aliff Syukri kerana menghina saya”, ujar Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Sebelum ini, kisah ini bermula apabila Datuk Seri Aliff Syukri menemuramah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah.

Beberapa isu telah timbul apabila Adik kepada Allahyarham Ali Puteh turut mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik itu.

Namun begitu, kemelut ini dilihat semakin tegang dan berpanjangan. Semoga semua pihak boleh berdamai dan mencapai kata sepakat.