[VIDEO] “Satu saja kami minta..” Tak Jadi Kahwin Dengan Niezam Zaidi, Nonny Nadirah Beri Penjelasan

Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Setiap pasangan pastinya mahu hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin namun takdir menentukan segalanya.

Begitu juga dengan kisah pelakon Nonny Nadirah, 31, mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon, Niezam Zaidi, 28, terpaksa dibatalkan.

Doakan kebahagian kami dan masing-masing bertemu jodoh yang baik

Menerusi satu posting Instagram tengah malam, pelakon itu tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu, namun dia memohon pengikutnya mendoakan kebahagiaan mereka dan masing-masing ditemukan dengan jodoh yang baik.

Malah, Nonny turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menghubungi mereka semula untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

Happy birthday sahabat. semoga Allah memberkati & merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dgn iman,taqwa dan harta. semoga menjadi anak yg baik dan bertemu jodoh dgn orang yg baik2. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! amin.🤲🏻 . . . Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan. Korang, satu je kitorg mintak.. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yg baik buat masing2 ya. Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik2 perancang. Kpd rakan media maaf sy x dapat nak get back balik dgn anda semua. Utk dalam masa nie, i reserve my comment. harap korang faham.🙏🏻 . Love you guys.🦋

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Happy birthday sahabat

“Happy birthday sahabat. semoga Allah memberkati & merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dgn iman,taqwa dan harta”.

“Semoga menjadi anak yg baik dan bertemu jodoh dgn orang yg baik2. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! amin”. 

Perkahwinan kami sudah pun dibatalkan

“Sekadar makluman, selepas mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami sudah pun dibatalkan”.

“Satu saja kami minta, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya”.

Kami hanya mampu merancang

“Sesungguhnya, kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang”.

“Kepada rakan media, maaf saya tidak dapat nak ‘get’ balik dengan anda semua. Pada masa ini, ‘I reserve my comment’. Harap anda semua faham,” tulisnya.

Pelakon itu sempat memuat naik video bersama Niezam

Walaubagaimanapun, Nonny turut memuat naik video dia bersama Niezam sedang menikmati sushi serta ucapan Selamat Hari Jadi buat Niezam yang bertarikh hari ini.

Video itu turut diiringi dengan latar muzik dengan melodi sedih. menerusi video tersebut, pasangan itu juga kelihatan mesra sambil bergurau dan menikmati makanan.

 

View this post on Instagram

 

Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting. . sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma. 😔 mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy. Allah dengar doa sy.🤲🏻 . Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa. mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2… . Utk pengetahuan anda,its not easy gais. sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers. Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.😅 . @bizmillatravel @bizmillatravel @bizmillatravel

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Nonny turut mendoakan Niezam bertemu jodoh 

Selain mengucapkan ‘Happy Birthday’, Nonny turut mendoakan Niezam yang kini dipanggilnya sahabat supaya menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik.

Terdahulu, Nonny memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Niezam dalam tempoh terdekat ini.

Hadiri kursus perkahwinan September lalu

Berita tersebut dibuat menerusi sebuah video mereka yang sudah mengikuti kursus perkahwinan pertengahan September lalu.

Difahamkan, pada Julai lalu Niezam juga sudah berjumpa keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah.

 

View this post on Instagram

 

Is Ti Me wah.#SalamSabtu

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

Niezam datang bertemu keluarga Nonny di Sabah

Pertemuan secara rasmi kali pertama itu dibuat sebagai menghormati dan menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan Nonny.

Menurut Niezam, dia merancang untuk terus bernikah selepas selesai terbabit penggambaran drama Luka Di Hati Diya.

Sebelum ini, Nonny mengakui mula menjalin hubungan istimewa dengan Niezam sejak tahun lalu dan mula mendedahkan kisah cinta mereka pada Jun lalu.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku namun mereka tetap memberikan sokongan dan menghormati keputusan pelakon itu.